Tuesday, April 19, 2022

Lantikan sebagai Bendahari, dan Timbalan Bendahari NGO penuhi PI090a, PI090d & PI090e

Rentetan daripada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dan Majlis Dakwah Negara (MDN) pada 28 Mac 2022 bertempat di Bangi, Selangor, dua warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang, Haji Azizi @ Hamizi Hashim telah dilantik sebagai Bendahari, manakala Puan Norlaila Mohd Din pula dilantik sebagai Timbalan Bendahari MDN Pahang, Majlis Dakwah Negara (MDN). 

Kerjasama strategik Universiti-NGO yang dimeterai menyaksikan satu langkah strategik dalam mengukuhkan sinergi dan kerjasama dinamik antara UiTM dan Majlis Dakwah Negara (MDN) ke arah mewujudkan rangkaian kelestarian pergerakan dakwah Islam dalam senario masyarakat Malaysia masa kini.

Kerjasama NGO dan warga akademik ini bakal membantu dalam aktiviti-aktiviti komuniti dan pendidikan sejajar dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh masyarakat setempat mahupun sejagat. MoU ini bagi menyuburkan aktiviti-aktiviti dakwah dengan meraikan, mengiktiraf dan menghulur tangan kerjasama dengan semua pihak sama ada kecil atau besar demi dakwah.

Pelantikan ini sekali gus telah membantu Fakulti Perakaunan memenuhi PI-PI berikut:-

  1. PI090a - Number of staff as members in international and national academic/ professional bodies/ associations/ NGO
  2. PI090d - Number of staff as members in national academic/professional bodies/associations/ministry.
  3. PI090e - Total Number of Staff Appointed as Chairman/ Committee Members in National Academic/ Professional Bodies/ Associations/ Ministry/ NGOs

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas usaha ini. InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh Haji Azizi @ Hamizi Hashim dan Pn Norlaila Md Din ini akan menjadi pembakar semangat kepada rakan yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 49 keseluruhannya pada tahun 2022.



#wargafpnpahang

No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...