Thursday, April 14, 2022

Program Kongsi rezeki bersama Pelajar Fakulti Perakaunan

Bertempat di Kolej Kediaman pelajar bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Pahang Kampus Jengka  menerusi tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) mengambil initiatif untuk berkongsi rezeki bersama pelajar AC110 yang berada di kampus dengan  mengedarkan bakul makanan untuk berbuka puasa. 

Program ini dilaksanakan bagi meraikan serta mengeratkan lagi hubungan di antara pensyarah dan pelajar yang menetap di kolej kediaman. 

Sebagai warga pendidik yang prihatin terhadap kebajikan pelajarnya,  program seumpama ini tetap diteruskan walaupun bilangan pelajar AC110 yang berada di kampus hanyalah 21 orang.

Syabas kepada semua yang terlibat.





























No comments:

Post a Comment

Sesi Libat Urus Pekeliling Akademik Bil. 8/2026 & Dokumen Standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) anjuran Jabatan Akademik dan Antarabangsa. Moderator sesi ialah Profesor Ts Dr Syamsul Nor Azlan Mohamad (BPPA)

Slot 1 : BHEK – PENGURUSAN KURIKULUM Masa : 9.00 – 9.30 pagi         Penceramah : Prof. Madya Dr. Suriyani Ariffin, Pengarah BHEK           ...