- Semak keputusan
- Pelajar SML buat secara manual dan terus ke Pejabat AM Kolej pada 8 Mei 2022
- Jika gagal, hubungi Kolej Siswa Mat Kilau (09-4602153/3207)
- Jika gagal, hubungi Kolej Siswi Tok Gajah (09 - 460 3333/3320)
- Tarikh masuk : 8 Mei 2022 (SATU HARI SAHAJA)
- Jika terpaksa masuk awal hubungi nombor diatas
- Pelajar perlu mengisi dan memuat naik keputusan "Saliva/Nasal Test Kit" di google form yang disediakan: https://bit.ly/PendaftaranKolejTokGajah_fasa2
- Segala urusan adalah pada jam 0800-1630 sahaja !!!
* Semua pelajar akan masuk pada FASA 2 dan terus ke FASA3
Sedikit maklumat tambahan dari Kolej Tok Gajah
*PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ FASA 2 KOMPLEKS TOK GAJAH SESI MAC-OGOS 2022 *
⚜️Perhatian kepada semua mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, pelajar boleh menyemak keputusan permohonan kolej masing-masing di Student Portal UiTM bermula 25 April 2022
⚜️Tarikh pendaftaran kolej adalah pada 8 MEI 2022, Ahad (SATU HARI SAHAJA)
⚜️Berikut adalah panduan pendaftaran kolej :-
1️⃣ Pelajar terdiri daripada kelompok yang telah lengkap mengambil 2 dos vaksinasi atau 2 dos vaksinasi berserta dos penggalak
2️⃣ Pelajar diwajibkan untuk memuat turun dan mencetak slip pendaftaran kolej dan membuat pengisytiharan kesihatan di laman web https://saringc19.uitm.edu.my
3️⃣ Pelajar perlu membuat ujian kendiri covid-19 sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hadir untuk mendaftar kolej
4️⃣ Pelajar perlu mengisi dan memuat naik keputusan "Saliva/Nasal Test kit" di google form yang disediakan https://bit.ly/PendaftaranKolejTokGajah_fasa2
5️⃣ "Satu pelajar satu kereta" Hanya satu kenderaan bagi setiap pelajar dibenarkan pada hari pendaftaran
6️⃣ Pelajar perlu mengimbas kod QR dan suhu badan di pintu masuk utama kampus
7️⃣ Pelajar siswi boleh bergerak ke kolej kediaman Kompleks Tok Gajah
8️⃣ Pelajar dikehendaki mendaftar dan mengambil kunci rumah di Unit Pengurusan Kolej (UPK)
9️⃣ Waris drop-off pelajar di kawasan kolej kediaman
Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan rumah/bilik
๐Para pelajar diminta untuk sentiasa peka dengan sebarang pemakluman berkaitan permohonan kolej‼️
๐Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di infografik Panduan Pendaftaran Kolej Kompleks Tok Gajah Sesi Mac-Ogos 2022
Kerjasama daripada semua amatlah kami dihargai.
Sekian, terima kasih.
๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kompleks Tok Gajah
UiTM Caw. Pahang,
Kampus Jengka,
Sesi 2021/2022
No comments:
Post a Comment