Penerima adalah terdiri daripada pekerja-pekerja pembersihan di UiTM Pahang, Kampus Jengka yang di dalam kategori asnaf. Penerima menerima barang keperluan berjumlah RM30 beserta wang tunai rm50 setiap seorang yang kesemuanya berjumlah RM1,600.
Program seumpama ini dilihat dapat membantu komuniti terutama kepada golongan asnaf serta mengalakkan warga UiTM Cawangan Pahang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti amal. Ianya sejajar dengan SDG 1 Tiada Kemiskinan, SDG 2 Kelaparan Sifar dan SDG 10 Mengurangkan Ketidaksamaan seperti digariskan oleh Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (Inggeris: Sustainable Development Goals, SDGs) yang terdiri daripada 17 Matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
No comments:
Post a Comment