Wednesday, June 15, 2022

Ekspo Selangkah ke UiTM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PENGANJURAN EKSPO SELANGKAH KE UiTM BAGI TAHUN 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan Ekspo Selangkah ke UiTM 2022 secara fizikal seperti ketetapan berikut:

Tarikh ðŸ—“️ : 18-19 Jun 2022 (Sabtu - Ahad)  
Masa ⏰ : 9.00 pg - 6.00 ptg
Tempat : Econsave Bandar Jengka


Ekspo ini khusus kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan setaraf. Bakal mahasiswa program separuh masa dan pascasiswazah juga dijemput hadir.
Bagi Program Pra Pendidikan Tinggi (Pra Diploma), lepasan SPM bagi tahun 2016-2021 adalah layak memohon.

Lebih daripada 15 reruai pameran yang mengambil bahagian terdiri daripada fakulti-fakulti, pusat akademik dan pusat tanggungjawab. Taklimat fakulti-fakulti juga akan diadakan untuk para pengunjung mengetahui dengan lebih lanjut maklumat berkaitan fakulti dan program-program yang ditawarkan di UiTM.

Bakal mahasiswa boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan kemasukan ke UiTM melalui khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan Pelajar, Bahagian Hal-Ehwal Akademik dan Pusat Kerjaya & Kaunseling.

Sila bawa bersama-sama salinan berikut:

- Slip SPM/STPM/DIPLOMA
- Semakan syarat kelayakan di Sistem (SemakSyarat @ https://selangkah.uitm.edu.my)

Sehubungan itu, jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak kami:

En. Mohd Faizal Azrul Azwan bin Muhamed - ‪013-629 6779‬ (Pengerusi Jawatankuasa Ekspo Selangkah UiTM)
En. Mohd Azizul bin Sulaiman - ‪013-928 0127‬ (Pengerusi Jawatankuasa Ekspo Selangkah UiTM)


Dimohon semua warga UiTM Cawangan Pahang untuk membantu membuat hebahan dan war-warkan kepada masyarakat sekitar berkenaan program ini.



Sekian, Terima Kasih



"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''


Koordinator Unit Komunikasi Korporat

UiTM Cawangan Pahang


No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...