Saturday, June 25, 2022

Pelajar bahagian 2 Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang MEMBANGGAKAN

Bertempat di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, Paya Besar, Pahang Darul Makmur, kumpulan ‘FOA The Shelby’ telah menyertai Hasil-Taxplorace Bersama IPT Seluruh Negeri Pahang sempena Program Kementerian Kewangan Malaysia bersama pelanggan anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

‘FOA The Shelby’ mewakili UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka ke pertandingan ini yang disertai oleh pelajar bahagian 2 Diploma Perakaunan iaitu Nur Atirah binti Zakaria (Ketua Pasukan), Nur Amira Shuhada binti Sofhian, Nurul Nooraishah binti Mohd Azmi, Hiszal Emmer Hakim Bin Kamal Hisham dan Muhammad Aiman bin Mohd Azri.

Semangat juang yang tinggi meletakkan mereka berada di tempat ke 7 daripada keseluruhan 36 kumpulan IPT yang bertanding dari seluruh negeri Pahang, melayakkan mereka memenangi wang tunai berjumlah RM100 berserta sebuah hamper. Kesemua hadiah disampaikan oleh YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1.

Semoga kejayaan mereka ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang lain untuk terus menyemai bakti mewakili UiTM Cawangan Pahang dalam apa jua kejohanan dan pertandingan.

Ku sempurnakan seikhlas hati.....





No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...