Sunday, June 19, 2022

Penerbitan Terbaharu Penuhi PI057 - Number of publication published by UiTM Press and other publishers.


Perakaunan merupakan satu medium penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna terutamanya mereka yang berkepentingan (stakeholders). Secara umumnya, komunikasi antara entiti dan pihak berkepentingan diterjemahkan dalam bentuk penyata kewangan yang memperincikan sumbersumber ekonomi dalam unit matawang. Proses perakaunan ini perlu dilakukan secara teliti dan berhati-hati kerana ianya boleh mengakibatkan hasil yang kurang tepat dan seterusnya menjejaskan pembuatan keputusan oleh pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, adalah satu perkara yang mustahak dalam memahami prinsip perakaunan agar matlamat perakaunan dicapai.

Buku ini telah dirancang untuk diterbitkan dalam bentuk informasi ringkas supaya asas perakaunan dapat difahami dengan menarik dan mudah. Amatlah besar harapan agar buku ini dapat dijadikan panduan asas dan rujukan tambahan kepada buku-buku asas perakaunan yang telah sedia ada.

Di kesempatan ini juga, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ingin diberikan kepada pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, ahli-ahli Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dan individuindividu di belakang tabir yang turut sama membantu menjayakan penerbitan buku ini.

Tahniah kepada Mohamad Azmi Nias Ahmad, Norlaila Md Din, Azizi@Hamizi Hashim, Sabariah Jamaluddin dan Lily Mazlifa Mustafa di atas usaha menerbitkan Buku bertajuk Perakaunan Itu Mudah!: Panduan ringkas untuk menguasai asas perakaunan secara pantas & berkesan yang telah berjaya memenuhi PI057 - Number of publication published by UiTM Press and other publishers.

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 49 keseluruhannya pada tahun 2022. 

No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024