Friday, July 22, 2022

Majlis Anugerah Persada Bestari (APBest) 2022


Majlis Anugerah Persada Bestari (APBest) 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

YBhg. Prof./Prof Madya Dr./Dr./Tuan/Puan


Merujuk kepada perkara di atas, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Pahang akan menganjurkan Majlis Anugerah Persada Bestari (APBest) 2022 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

 
Tarikh: 28 SEPTEMBER 2022 (RABU)
Masa: 8.30 AM - 12.00 PM
Tempat: Dewan Indera Segara (DIS)
 
Pembukaan pencalonan beserta borang - borang berkaitan dan syarat - syarat pencalonan akan diemailkan kepada YBhg. Prof./Prof Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam masa terdekat. Untuk makluman YBhg. Prof./Prof Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, pencalonan masih akan menggunakan platform google form. YBhg. Prof./Prof Madya Dr./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk bersedia dengan dokumen - dokumen pencalonan bagi memastikan proses penghantaran dokumen sokongan berjalan lancar. Pembukaan pencalonan adalah selama dua minggu (2 MINGGU) sahaja.

Kerjasama dan perhatian YBhg Prof./Prof Madya/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...