Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Profesor/ Dr / Tuan/ Puan,
KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita pihak kami memajukan semula infografik berkenaan kemudahan kebenaran tidak hadir kerja atas sebab-musabab kecemasan am.
3. Peraturan kebenaran kepada pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab kecemasan adalah seperti diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986.
4. Ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak hadir bekerja.
5. Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am hendaklah mengemukakan satu perakuan sebaik sahaja kembali bertugas semula. Ketua Jabatan hendaklah berpuas hati dan mengesahkan bahawa kecemasan am telah berlaku yang menyebabkan pegawai itu tidak dapat hadir bertugas.
6. Sekiranya Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, maka Ketua Jabatan boleh memotong cuti rehat tahunan pegawai atau pun menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat tahunan pegawai telah habis digunakan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP)
Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, SELANGOR
No comments:
Post a Comment