Wednesday, December 21, 2022

Majlis Mencerakin Sahsiah Diri - Pemantapan Warga Pusat Pengajian Perakaunan Professional Muslim Glokal 2022






Bandar Pusat Jengka, 21 Disember 2022  Pusat Pengajian Perakaunan (PPP) UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan “Majlis Mencerakin Sahsiah Diri- Pemantapan Warga FPN Professional Muslim Glokal2022”. Majlis ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan untuk semua warga PPP yang membantu menjayakan aktiviti bagi mencapai PI dan hala tujuuniversiti sepanjang tahun 2022.

Majlis yang disertai oleh 24 orang pensyarah wargaPPP ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Dr Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad, selaku Ketua PPP UiTM Cawangan Pahang. Seterusnya, jemputan utama dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Dr.Norhapizah Mohd Burhan meneruskan majlis dengan menyampaikan amanat dan dorongan melalui ucapan menarik beliau bertajuk “Memugar Potensi AkademiPPP Selaku Professional Muslim Glokal”. 

Majlis ini telah mendapat sambutan yang baik kerana berjaya memberi impak positif, memupuk semangatkerja optima, mewujudkan persekitaran pekerjaanharmoni, akauntabiliti dan motivasi untuk seluruh wargaPPP. Dengan adanya persekitaran kerja yang baik, ia akan meningkatkan lagi prestasi kerja di masa hadapandan akan membantu menaikan semangat di kalangan para pensyarah PPP.

Semoga hubungan erat yang terjalin antara warga PPPdapat dikekalkan melalui pelbagai rangkaian program yang bakal diadakan pada tahun 2023. 

#wargafpnpahang

No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...