Monday, December 5, 2022

PERTANDINGAN SUKAN BAKAT BARU ANTARA FAKULTI

Unit Sukan UITM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dengan Kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Pertandingan Sukan Bakat Baru Antara Fakulti. Pertandingan yang telah berlangsung pada 3 Disember 2022 ini diadakan di Dewan Indera Segara bermula pada pukul 8.00 pagi.   

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menerapkan minat dan kecenderungan mahasiswa dalam kegiatan sukan dan riadah serta mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan pelajar-pelajar di UITM. 

Antara sukan yang dipertandingkan meliputi sukan Badminton, Ping Pong, Karom, dan Dart. Bagi menjayakan program ini, setiap Fakulti telah menhantar 2 beregu, iaitu 1 beregu lelaki dan 1 beregu perempuan bagi setiap acara yang dipertandingkan. 

Fakluti Perakaunan juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang terlibat.  

Berikut merupakan antara peserta daripada Fakulti Perakaunan yang berjaya memperoleh pingat dalam Pertandingan Sukan Bakat Baru Antara Fakulti: 

Ping Pong
Naib Johan Wanita
1. Nurlisa Irdina binti Juhar
2. Iffah Fatihah binti Shahrul Azhar

Karom
Naib Johan Lelaki
1. Meor Ahmad Danish bin Mohd Yazid
2. Abdul Shakir bin Ariffin

Tempat ke-3 Wanita
1. Iffah Fatihah binti Shahrul Azhar
2. Nurin Najwa binti Ahmad Rojamuddin

Badminton
Tempat ke-3 Wanita
1. Iman Saabira binti Basirun
2. Aleesya Yasmin binti Zaidi

Laporan oleh : JASMINE ADRIANA BINTI MAHATHIR





No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...