1. Tarikh & masa: 28 Februari 2022 – 8. - 9 mlm – Platform: Google Meet
Mesyuarat PERSIDA & MPP
- Merupakan sesi perkenalan secara rasmi dua wakil MPP fakulti perakaunan yang telah dilantik sebagai MPP UiTM Cawangan Pahang
- Tururt membincangkan program yang boleh diusahakan bersama juga mengadakan Whatsapp Group Bersama agar MPP mudah untuk menyalurkan maklumat kepada PERSIDA
2. Tarikh & masa: 15 Mac 2022 – 9 - 10 mlm – Platform: Google Meet
Mesyuarat PERSIDA dan KPP
- Merupakan sesi penerangan berkaitan PI fakulti oleh KPP Fakulti Perakaunan kepada semua AJK PERSIDA
- Tururt membincangkan program yang sesuai dianjurkan oelh PERSIDA agar bersesuaian dengan KPI fakulti.
3. Tarikh & masa: 13 Mei 2022 – 8.45-10 mlm – Platform Instagram live
Heart-To-Heart Podcast Episode 1: How was the campus life used to be?
- Tetamu jemputan, Saudara Muhammad Kamal Fariz Bin Kamaruzaman, alumni UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, yang sedang meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.
- Objektif utama Podcast Episod 1 ialah berkongsi pengalaman berkaitan cabaran kehidupan di kampus secara fizikal. Juga memuatkan nasihat serta dorongan untuk meningkatkan semangat para pelajar agar lebih yakin untuk hadir belajar secara fizikal di kampus.
- bersesuaian dengan SDG No.4, Qualitu Education iaitu dapat meningkatkan kualiti ketahanan minda pelajar dalam menghadapi pelbagai rintangan pembelajaran alaf baru, selain meningkat dan meluaskan pemikiran pelajar agar lebih terbuka menghadapi sebarang situasi.
- bersesuaian juga dengan SDG No.17, Partnership For The Goals, kerana ianya dijayakan 100% oleh pelajar dari awal hingga selesai. Segalanya dihadapi dan diselesaikan secara muafakat sesama ahli jawatankuasa pengelola. Kerjasama dan kesepakatan dalam persatuan sebegini dapat melahirkan generasi kemimpinan yang mampan suatu hari nanti.
4. Tarikh & masa: 20 Mei 2022 – 8.45-10 mlm – Platform Instagram live
Heart-To-Heart Podcast Ep2: I Survived
- Tetamu jemputan, Saudari Cik Norhaslina binti Abd Hamid - seorang pejuang Major Depressive Disorder with Psychosis & Borderline Personality Disorder, penuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Pengalaman beliau pernah disiarkan menerusi slot TV Al-Hijrah dan TV3.
- Objektif podcast episod 2 ini adalah untuk mendedahkan pelajar berkaiatan penyakit kemurungan. Pelajar memperoleh nasihat dan tips yang bermanfaat mengenai cara mengawal kemurungan, jika terjebak. Tetamu jemputan turut memberi motivasi kepada pelajar yang berkaitan pembelajaran.
- Bersesuaian dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4 iaitu Pendidikan Berkualiti. Didikan di kampus bukan semata-mata secara formal dari kuliah tetapi turut melibatkan didikan tidak formal seperti program sebegini.
5. Tarikh & masa: 26 Mei 2022 – 5. - 7 petang – secara bersemuka
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Fakulti Perakaunan bertemakan “Limited Eidition Celebration” bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Tun Teja
- Program ini melibatkan semua Pelajar Diploma Perakaunan Kampus Jengka dan semua pensyarah fakulti perakaunan.
- objektif utama adalah menyatukan semua pelajar dan pensyarah fakulti perakaunan dalma satu majlis yang santai agar lebih mengenali antara satu dengan yang lain. Juga bertujuan merapatkan hubungan antara sesama pelajar diploma perakaunan UiTM Kampus Jengka yang baru semester pertama menjejakkan kaki ke Kampus setelah beberapa semester belajar secara maya.
6. Tarikh & masa: 9 September 2022 – 9:00 malam – 10:00 : Platform Google Meet
Brainstorming – cabaran transisi dari ODL ke F2F
- Program diadakan bersama KPP (Dr Mohd Azmi Nias Ahmad), Koordinator Kurusu Fakulti (Pn Lily Mazlifa Mustafa), beberapa pensyarah perakaunan, MPP (pelajar perakaunan), AJK PERSIDA, semua ketua kelas pelajar perakaunan
- Perbincangan meliputi aspek pembelajaran, penilaian dan persediaan pelajar untuk kembali ke kampus bagi semester bermula Oktober 2022
7. Tarikh & masa: 27 Oktober 2022 (Khamis) – 9:00 malam – 10:00 : Platform Google Meet
MESYUARAT PERSIDA Bil 1 2022/2023
- Mesyuarat melibatkan semua AJK PERSIDA sesi 2021/2022 dan sesi 2022/2023.
- Perkenalan dan majlis serah tugas antara AJK PERSIDA lama dan baharu, juga melibatkan penerangan skop kerja setiap AJK oleh mantan setiap bahagian.
- Sedikit perbincangan berkaitan aktiviti yang sedang dirancang dan kedudukan kewangan PERSIDA turut dibincangkan.
8. Tarikh & masa: 16 December 2022 – 8.30. – 10.30 malam – Dewan Kuliah 1
AGM & Junior’s Night
- Program diadakan untuk memperkenalkan AJK PERSIDA baharu sesi 2022/2023 yang baharu dilantik kepada seluruh pelajar perakaunan, terutama pelajar Semester 1 yang baharu mendaftar.
- Selain itu program turut memberi peluang ramah mesra antara pelajar lama dan baharu. Wakil pelajar semester satu turut diberi peluan mengadakan persembahan pada penghujung program ini untuk memeriahkan majlis.
No comments:
Post a Comment