YBhg. Prof/YBrs. Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,
Sukacita dimaklumkan, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang akan melancarkan Kaunter Pengisian Borang Cukai Pendapatan (e-Filing) bagi Tahun Taksiran 2022 pada ketetapan berikut:
Tarikh : 21 Mac 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang (rehat 1.00 - 2.00 petang)
Tempat : Lobi Bangunan Pentadbiran (berhadapan dengan kaunter telefonis)
Kepada semua staf yang belum mengisi borang e-filing / memerlukan bantuan untuk mengisi e-filing atau sekiranya ada sebarang kemusykilan berkenaan borang cukai, dijemput hadir ke kaunter pada waktu dan tarikh seperti ketetapan diatas.
...MAKLUMAN..
Pegawai LHDN akan turut hadir berada di kaunter untuk membantu hal ehwal percukaian individu.
Bagi pengunjung yang ingin mengisi borang e-filing, sila bawa bersama dokumen berikut:
1. Penyata EC dan EA (jika berkaitan) untuk tahun 2022
2. Resit-resit yang berkaitan untuk tahun 2022 (contoh : resit buku, penyata insurans, bil internet, resit zakat dll.)
3. Kad Pengenalan (bagi pendaftaran e-filing kali pertama)
Terima kasih..
JEMPUT DATANG YA....
No comments:
Post a Comment