Monday, April 17, 2023

TAWARAN BAGI PERMOHONAN BIASISWA STAF AKADEMIK TAJAAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) PERINGKAT IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD), SARJANA KEPAKARAN, SUB KEPAKARAN DAN PASCA KEDOKTORAN TAHUN 2023

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan

 

PELANJUTAN TAWARAN BAGI PERMOHONAN BIASISWA STAF AKADEMIK TAJAAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) PERINGKAT IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD), SARJANA KEPAKARAN, SUB KEPAKARAN DAN PASCA KEDOKTORAN TAHUN 2023 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan  Pekeliling Akademik Bilangan 03 Tahun 2023  adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan iklan Penawaran Biasiswa Staf Akademik tajaan Kementerian Pengajian Tinggi bagi Tahun 2023 dibuka semula sehingga 31 Julai 2023 dan pengajian untuk DALAM NEGARA sahaja (ambilan sesi Sept/Oktober 2023).   Pelanjutan Iklan Tawaran tertakluk kepada tarikh tutup permohonan yang ditetapkan oleh KPT.

 

3.  Bersama-sama ini disertakan Poster Iklan Tawaran untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Prof / Tuan / Puan selanjutnya.


image.png


4.  Untuk makluman, tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan yang lengkap dimajukan ke Bahagian Kemajuan Kerjaya selewatnya atau pada 31 Julai 2023 (Isnin).


5.  Bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar, perkara berikut perlu diberi perhatian:

 

Tindakan PTJ

 

i.          Dikehendaki memastikan setiap permohonan disokong oleh Rektor dan diluluskan oleh Dekan bagi calon dari kampus;

 

ii.         Permohonan dari Fakulti/Kolej Pengajian perlu mendapat sokongan PNC/Dekan

 

iii.       Permohonan perlu melalui Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

 

iv.        Semua dokumen permohonan asal dan lengkap mengikut senarai semak hendaklah dimajukan ke Bahagian Kemajuan Kerjaya.

 

 

Tindakan Pemohon

i.           Calon-calon perlu memenuhi syarat permohonan seperti mana yang termaktub di dalam Pekeliling Akademik Bilangan 03 Tahun 2023 ;

 

ii.         Calon-calon perlu membuat salinan dokumen yang telah disahkan oleh Dekan dalam bentuk softcopy  (rujuk senarai semak KPT) bagi tujuan urusan muat naik dokumen dalam sistem eSP            KPT.

    6.  Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dimajukan kepada Urus Setia melalui e-mel rasmi di alamat berikut:

 

 (a)    Urusan SLAB/SLAI (PhD dan Sarjana Kepakaran) – Asyrellinda Mohamed Noor (linda056@uitm.edu.my) / Azmah Maali (azie@uitm.edu.my) / Manurul Asikin Tukiran (manurul@uitm.edu.my)

 

 (b)    Urusan SK/PD (Sub Kepakaran dan Pasca Kedoktoran) - Nor Azlina Ismail (norazlina_ismail@uitm.edu.my)


Sekian, والسلام

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Kemajuan Kerjaya
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...