Tuesday, May 2, 2023

PENDAFTARAN PENGAJARAN KOLABORATIF (SEMESTER MAC 2023)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan

U/P: Staf Akademik

 

CGCT March 2023 (1).png

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Pendaftaran Pengajaran Kolaboratif bagi Semester Mac 2023 telah dibuka. Tarikh akhir pendaftaran Pengajaran Kolaboratif adalah pada 15 Mei 2023.

3.         Dikongsikan pautan Padlet CGCT (pautan: https://bit.ly/3yQYcAG) untuk rujukan rakan pensyarah.  Padlet CGCT merupakan PUSAT SEHENTI bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan CGCT seperti:

            -Kerangka, Pekeliling dan Garis Panduan
            -Slaid pembentangan dan rakaman sesi perkongsian
            -Proses pelaksanaan Pengajaran Kolaboratif
            -Garis masa pelaksanaan Pengajaran Kolaboratif
            -Borang Pendaftaran (Google Form)
            -Borang Pendaftaran PDF (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
            -Borang Penghantaran Laporan (Google Form)
            -Senarai Semak Bukti Pengajaran Kolaboratif
            -Contoh Laporan (Model 1, 2 & 3)
            -Senarai nama serta maklumat untuk dihubungi Wakil CGCT Kolej/Fakulti/Kampus

4.         Terdapat dua borang pendaftaran yang perlu diisi:
            a. Borang Pendaftaran PDF
            b. Borang Pendaftaran Google Form

5.         Untuk mengelakkan daripada terlepas tarikh akhir pendaftaran, rakan pensyarah digalakkan untuk mengisi Borang Pendaftaran Google Form dahulu. Pada bahagian Insert link to the signed Registration Form, mohon rakan pensyarah masukkan pautan folder (di mana terdapatnya Borang Pendaftaran PDF) di Google Drive masing-masing dan bukannya pautan Borang Pendaftaran PDF (yang dimuat naik ke Google Drive masing-masing). 

6.          Rakan pensyarah perlulah terlebih dahulu membuat satu folder di Google Drive masing-masing untuk memuat naik Borang Pendaftaran PDF tersebut. Pastikan pada bahagian Akses Umum (General Access) folder tersebut ditetapkan Anyone with the link ViewerBorang Pendaftaran PDF yang telah siap diisi dan ditandatangani boleh dimuat naik ke Folder tersebut walaupun selepas tarikh akhir. Selain itu, sekiranya terdapat perubahan maklumat pada Borang Pendaftaran PDF, rakan pensyarah boleh memuat naik borang yang baru di folder tersebut pada bila-bila masa. 

7.         Sekiranya rakan pensyarah telah mengisi dan menghantar Borang Pendaftaran Google Form dan ingin mengedit maklumat di dalam borang tersebut sebelum tarikh akhir pendaftaran, pensyarah hanya perlu mengedit pada Salinan borang Google Form yang dihantar ke emel rakan pensyarah. Rakan pensyarah disarankan untuk tandakan Star emel salinan Borang Google Form tersebut untuk memudahkan pencarian emel dan borang tersebut di kemudian hari.

8.         Bagi pendaftaran ahli projek yang terdiri daripada rakan pensyarah universiti selain UiTM / Industri di Borang Pendaftaran Google Form, rakan pensyarah boleh memilih Others bagi Kampus & Fakulti. Namun begitu, maklumat afiliasi perlu diperincikan di dalam Borang Pendaftaran PDF. 

9.         Tiada sebarang tindakan yang akan diambil bagi pensyarah yang telah mendaftar tetapi tidak dapat menjalankan projek Pengajaran Kolaboratif.

10.       Bermula Mac 2023, pendaftaran Final Year Project (FYP) & Latihan Industri (LI) bagi Model Pentaksiran (Model 3: Assessment) adalah TIDAK DIBENARKAN. Pendaftaran bagi Model 1 (Pembangunan Kandungan Kursus) dan Model 2 (Penyampaian) adalah dibenarkan dengan syarat Pembangunan Kandungan Kursus &/ Penyampaian tersebut merupakan inisiatif dan BUKAN PERKARA WAJIB (seperti yang termaktub dalam silibus) kursus tersebut.  Umum mengetahui penilaian FYP/LI (sekiranya melibatkan pemeriksa kedua / luar) adalah sesuatu perkara yang dikatakan the usual business (termaktub dalam silibus dan pelaksanaan kursus) dan bersifat WAJIB sedangkan Pengajaran Kolaboratif adalah suatu projek yang bersifat INISIATIF (optional/tidak wajib).

11.         Rakan pensyarah yang telah menjalankan projek Pengajaran Kolaboratif (TIDAK TERMASUK FYP & LI) pada semester Okt2022-Feb2023 akan tetapi tidak mendaftar, boleh mendaftar semula pada semester ini. Rakan pensyarah perlu melalui proses pendaftaran dan penghantaran laporan yang sama (rujuk Wakil CGCT masing-masing bagi penerangan lanjut).

12.         Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Pihak CIDL ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam melaksanakan projek CGCT dan semoga projek ini dapat membuahkan hasil yang bermanfaat khasnya buat rakan pensyarah dan para pelajar serta UiTM umumnya. Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada cidl@uitm.edu.my.
 

Sekian, Terima kasih.


"MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


CENTRE FOR INNOVATIVE DELIVERY & LEARNING DEVELOPMENT
Office of Deputy Vice Chancellor (Academic and International)

No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024