Friday, June 9, 2023

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan Pentagon Math, dan Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA) antara UiTM dan FGV Agri Services Sdn Bhd dan FGV R&D Sdn Bhd.

Tarikh: 9 Jun 2023
Tempat: Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Peserta : UiTM 17 orang, Pentagon Maths 4 orang dan FGV 12 orang

Pada 9 Jun 2023, satu Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Pentagon Math Sdn. Bhd. serta Majlis Pertukaran Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA) dengan anak syarikat FGV Holdings Berhad, iaitu FGV Agri Services Sdn. Bhd., dan FGV R&D Sdn. Bhd telah diadakan di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.

Antara objektif MoU diantara UiTM dan Pentagon Math:
1. Berkolaborasi dan bekerjasama melalui program pemasaran yang dilaksanakan oleh Pentagon Math bagi memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan ole pihak UITM
2. Berpeluang menggalakkan pemindahan ilmu oleh pihak UiTM kepada sasaran komuniti dan industri bagi tujuan memperluas dan memperkukuhkan penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat awam.
3. Berpeluang menjadi platform untuk melahirkan pakar dalam bidang al-Qur'an, matematik dan Perakaunan
4. Memberi peluang kepada staf UITM umumnya dan staf UiTM Cawangan Pahang khasnya untuk meningkatkan jaringan penyelidikan, penulisan, inovasi dan konsultansi secara langsung dengan pihak industry
5. Menyumbang kepada PI UiTM Cawangan Pahang.

Manakala, objektif NDA diantara UiTM dan FGV:
1. Peluang menjalankan penyelidikan dan penulisan bersama di antara penyelidik UiTM Cawangan Pahang dan penyelidik dari FGV khususnya PPPTR.
2. Penghasilan buku "The Story of Tekam and its Diversity"
3. Mewujudkan COE yang dikenali sebagai International Center of Oil Palm (ICOP) di PPPTR
4. Program pensijilan dan pengijazahan melalui modul-modul yang telah dibangunkan oleh ICEPS
5. Mengadakan Seminar i-ESG 2023 dengan kerjasama bersama di antara UiTM dan FGV
6. Menganjurkan program-program atau latihan bertemakan Environment, Social & Governance (ESG) di UiTM dan juga PPPTR.

Upacara pertukaran Memorandum Persefahaman ini telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Pahang, yang mewakili Naib Canselor Universiti Teknologi MARA dengan Encik Muhammad Farhan Haji Alias C.A. (M), Pengarah Urusan Al Baghdadi Pentagon Math Sdn Bhd beserta Delegasi Al Baghdadi Pentagon Math dan Tuan Haji Romzi Ishak, Ketua Divisyen Research & Development FGV Holdings Berhad beserta delegasi FGV Holdings Bhd,

Antara jemputan dalaman yang hadir adalah Professor Dr. Haslinda Yusoff, Dekan Fakulti Perakaunan, Professor Dr. Nor Azura Md Ghani, Pengarah RMC UiTM dan Dr. Norshahidatul Akmar Mohd Shohaimi, Koordinator RMU, UiTM Cawangan Pahang.

Klik pada gambar untuk gambar yang berkualiti tinggi
Click on the image for a high quality image




























No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024