Wednesday, March 6, 2024

Program Kaunter Khidmat Runding e-Filing bagi Tahun Taksiran 2023




















Telah berlangsung program Kaunter Khidmat Runding e-Filing bagi Tahun Taksiran 2023 pada 6 Mac 2024 bertempat di Lobi Pentadbiran UiTM Cawangan Pahang bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Program ini dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan UITM Pahang dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Pahang. Pensyarah Fakulti Perakaunan UITM Pahang bersama dengan pegawai LHDNM Pahang membantu staf UiTM Cawangan Pahang dan komuniti luar mengisi borang cukai pendapatan (e-filing) dan juga memberi khidmat nasihat mengenai isu-isu percukaian dan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

Pegawai LHDNM yang terlibat ialah:
1) Puan Sa'adiah binti Jafpar
2) Puan Zuraini binti Mohd ISA
3) Muhamad Assif bin Abdullah
4) Mohd Asri bin Kalib

Sekalung tahniah diucapkan kepada jawatankuasa program yang diketuai oleh Puan Norlaila Mohd Din dan Puan Lily Mazlifa Mustafa selaku Koordinator Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang yang bertungkus lumus bagi memastikan program webinar ini berjalan lancar.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada pegawai LHDNM Pahang yang terlibat dalam program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua staf dan komuniti luar yang hadir semasa program ini dijalankan. Sokongan yang diberikan amat kami hargai dan maaf dipinta atas segala kekurangan daripada pihak kami.

Semoga berjumpa lagi di tahun depan bagi pengisian borang cukai pendapatan tahun taksiran 2024.


No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...