Tuesday, April 23, 2024

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 PERINGKAT UiTM CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan


JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 PERINGKAT UiTM CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 pada ketetapan berikut:


        Tarikh   :  8 Mei 2024 (Rabu)

        Masa      9.00 pagi – 1.00 tengah hari

        Tempat :  Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

        Anjuran :  Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Caw. Pahang


Sehubungan dengan itu, semua staf UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka adalah diminta untuk membuat pengesahan kehadiran melalui link berikut : https://forms.gle/PzC2WQMKYjtBLB356 (selewat-lewatnya 30 April 2024)


Semua yang hadir juga diminta untuk memakai pakaian hari raya yang bersesuaian dan cantik. Pakaian tercantik akan diberikan hadiah di penghujung majlis.


Untuk makluman semua yang akan hadir, bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan lalu lintas berjalan lancar, semua staf boleh meletakkan kenderaan di lokasi-lokasi seperti berikut: Dataran Integrasi, Padang berdekatan DIS, atau parking-parking berhampiran. Disertakan tentatif program untuk rujukan semua. Kehadiran dan kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


p/s : Setiap staf digalakkan membawa pinggan/mangkuk/cawan/sudu/garfu sendiri.



Terima kasih.



No comments:

Post a Comment