Thursday, May 23, 2024

SESI TOWNHALL REKTOR BERSAMA WARGA UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA

YBhg. Prof./ Dr./ Tuan / Puan

PERINGATAN MESRA : SESI TOWNHALL REKTOR BERSAMA WARGA UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Sesi Townhall Rektor Bersama Warga UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Mei 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : Al-Biruni 1
Peserta : Warga UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka (Akademik & Pentadbiran)

3.   Sehubungan dengan itu, kehadiran tuan/puan ke program ini adalah dimestikan. 

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima kasih 

Sanah helwah Humairaa

Sunday, May 19, 2024

HETL03/2024

Nama penuh program: HETL03/2024
Tarikh: 11-17 May 2023
Tempat: ILD Perak





Wednesday, May 15, 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

selamat berjuang FASA 1.png

selamat berjuang.png

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak dan 27 Gangsa telah berjaya diraih oleh para atlet UiTM. Dengan kejayaan ini, UiTM telah berjaya mengekalkan kejuaraan selama ENAM tahun berturut-turut. Karnival Sukan MASUM 2024 Fasa 1 telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah, Sabah pada 22 - 28 April 2024 manakala fasa 2 pula telah diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 6 sehingga 12 Mei 2024... Tahniah UiTM.... 

HUKUM KANUN MELAKA - SEJARAH & PERANAN INSTITUSI DIRAJA


TOPIK : HUKUM KANUN MELAKA - SEJARAH & PERANAN INSTITUSI DIRAJA 

Berikut merupakan maklumat program:

📆 Tarikh    : 15 Mei 2024 (Rabu) | 6 Zulkaedah 1445H
⏰ Masa     : 2:30 petang - 4:30 petang
📌 Medium : Youtube & Facebook Live : Kursi Institusi Raja-Raja Melayu - Media Rasmi

Pautan siaran langsung : 
Facebook : https://www.facebook.com/events/1424104208248249/
Youtube    : https://youtube.com/live/XDxjJ_ZxuZ4

Panel undangan:
Dr. Ahmad Jelani bin Halimi
Pengerusi 
Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Perak

Moderator:
Sr. Dr. Ismail Ma'arof
Pensyarah Kanan
Kolej Alam Bina
UiTM Cawangan Perlis

📌 Jam Latihan Staf disediakan (UiTM sahaja)
📌 E-Sijil penyertaan diberikan pada akhir program

Sekian, terima kasih

اوسها، تقوى، مليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
*****************************************************
Kursi Institusi Raja-Raja Melayu
Aras 5, Kompleks Al-Farabi, Blok D, 
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam Selangor

Tel        :   +603 5544 4144/4114/4047/4194
                 +603 5543 5834
Fax      :    +603 5544 3740

Dana Pemfailan Harta Intelek 2024

Tuesday, May 14, 2024

UiTM Copyright & Paten Application Flowchart

Penerbitan bertajuk "Pasukan Memanah UiTM Sudah Bersedia – MASUM 2024" - Other Publication

Penerbitan bertajuk "Pasukan Memanah UiTM Sudah Bersedia – MASUM 2024" yang telah ditulis oleh Mohamad Azmi bin Nias Ahmad, Mukhriz bin Mohamed, Muhammad Aman bin Mohammad Zahir dan Ahmad Baihaqi Saghir Bin Mat Najib telah memenuhi kriteria sebagai penulisan Other Publications atau lain-lain elektronik media.

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan lain-lain yang ke-6 bagi tahun 2024 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang


Friday, May 10, 2024

Sumbangan kepada Nurul Syazwani Binti Rosli

Klik pada gambar, besarkan dan download untuk gambar yang berkualiti tinggi
Click on the image, enlarge and download for a high quality image





Warga Fakulti Perakaunan mendapat perkhabaran sedih, Ayahanda Nurul Syazwani Binti Rosli telah kembali kepada penciptanya. Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan sesungguhnya hanya kepada-Nya lah kita dikembalikan.

Sebagai membantu meringankan beban Nurul Syazwani, sedikit sumbangan Fakulti Perakaunan dan PERSIDA telah disampaikan kepada Pelajar ini oleh Prof Madya Dr Mohamad Azmi, Wakil Koordinator, Puan Lily Mazlifa dan Wakil Persida yang diusahakan oleh Puan Sabarah, Penyelaras CSR Fakulti Perakaunan.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه
Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah kesalahannya.
Takziah buat Nurul Syazwani  & keluarga

#wargafpnpahang

Thursday, May 9, 2024

Mesyuarat FOA 2024

Klik pada gambar, besarkan dan download untuk gambar yang berkualiti tinggi
Click on the image, enlarge and download for a high quality image




Wednesday, May 8, 2024

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 PERINGKAT UiTM CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA

Klik pada gambar, besarkan dan download untuk gambar yang berkualiti tinggi
Click on the image, enlarge and download for a high quality image

































Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan


JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 PERINGKAT UiTM CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 pada ketetapan berikut:


        Tarikh   :  8 Mei 2024 (Rabu)

        Masa      9.00 pagi – 1.00 tengah hari

        Tempat :  Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

        Anjuran :  Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Caw. Pahang


Sehubungan dengan itu, semua staf UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka adalah diminta untuk membuat pengesahan kehadiran melalui link berikut : https://forms.gle/PzC2WQMKYjtBLB356 (selewat-lewatnya 30 April 2024)


Semua yang hadir juga diminta untuk memakai pakaian hari raya yang bersesuaian dan cantik. Pakaian tercantik akan diberikan hadiah di penghujung majlis.


Untuk makluman semua yang akan hadir, bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan lalu lintas berjalan lancar, semua staf boleh meletakkan kenderaan di lokasi-lokasi seperti berikut: Dataran Integrasi, Padang berdekatan DIS, atau parking-parking berhampiran. Disertakan tentatif program untuk rujukan semua. Kehadiran dan kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


p/s : Setiap staf digalakkan membawa pinggan/mangkuk/cawan/sudu/garfu sendiri.



Terima kasih.



AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024