26 Mei 2025, Jengka – UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Majlis Anugerah Skor Pencapaian Kategori Pusat Pengajian (Kategori Sains Sosial) bertempat di Bilik Prasiswazah, Blok F, Bangunan Institut Sains dan Teknologi (IST), bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang pusat pengajian dan jabatan di bawah naungan universiti.
Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang itu telah menyaksikan pelbagai pencapaian diraikan, antara pencapaian Fakulti Perakaunan, sekali gus menzahirkan komitmen dan kecekapan pentadbiran dalam mendokong misi universiti.
- Anugerah Skor Pencapaian Kategori Pusat Pengajian (Kategori sains sosial) - Ke 6
- Tempat Kedua Pendaftar