Friday, May 23, 2025

MENZIARAHI PN. FAEZAH AZZAM, MANTAN PENSYARAH FAKULTI PERAKAUNAN DI ICU

MENZIARAHI PN. FAEZAH AZZAM, MANTAN PENSYARAH FAKULTI PERAKAUNAN DI ICU
By : Syed Iskandar Zulkarnain Jamalullail 
 






22 Mei 2025: Alhamdulillah, Allah SWT izinkan untuk hadir menziarahi Pn. Faezah Azzam binti Ahmad Azzam, mantan Pensyarah di Fakulti Perakaunan yang kini sedang dirawat di unit ICU, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana mengalami kemalangan serius. Penulis yang hadir untuk menyampai hajat rakan2 fakulti untuk mewakili mereka telah disambut oleh suami Pn. Faezah, Ustaz Deraman dan anak2nya Pn. Husna dan Pn. Sakinah. Allah SWT permudahkan urusan mencari tempat letak kereta di mana semua sedia maklum betapa sesaknya dan sulitnya untuk mendapat ruang di Hospital. Unit ICU hanya benarkan seorang pelawat sahaja pada satu2 masa dalam waktu melawat yang terhad. Beliau dirawat di wad 3B katil 21. Penulis diberi keutamaan oleh ahli2 keluarga yang lain, yang mana masing2 menunggu giliran, makanya masa yang ada untuk penulis sangat terbatas. Pn. Faezah kini tidak lagi memakai topeng pernafasan namun beliau kini bernafas melalui saluran yg di buat di leher. Beliau kelihatan sangat lemah dan tidak boleh mengeluarkan suara. Namun dari reaksinya, beliau sangat gembira bila rakan2 lain masih ingat dan mengambil berat mengenai dirinya. Dengan tangan yang lemah beliau cuba menulis dan bertanya khabar kawan2 di fakulti. Penulis sukar membaca tulisannya namun antara nama2 yg beliau tulis, penulis dapat meneka ada nama Shima dan wani. Beliau juga dari tulisannya menyampaikan salam buat semua dan berterima kasih kerana ada wakil yang menziarahi beliau. 

Menurut dari ahli keluarga beliau, kejadian berlaku lebih kurang 3 minggu yang lalu di mana selepas makan malam di sebuah restoren Arab di perkarangan Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang(betul2 seberang Jalan HTAR) beliau keluar untuk basuh tangan di sinki yg terdapat diluar dinding kedai tersebut(seperti dlm foto) dan secara tiba2, sebuah kereta mengundur dengan laju hingga menghimpit Pn. Faizah ke dinding Kedai. Impak tersebut menyebabkan kecederaan serius kepada organ dalaman beliau. Penulis mengambil peluang untuk melihat tempat kejadian. Allah SWT maha kuasa, dalam banyak2 tempat untuk berlaku kemalangan, yang menimpa Pn. Faezah ialah di perkarangan masjid yang betul2 hampir dengan Hospital.

Mohon semua untuk doakan kesembuhan segera Pn. Faezah dan moga Allah SWT kurniakan kesabaran kepada beliau dan ahli keluarga yang terdekat dalam mengharungi ujian kesihatan ini. Aamiin.

1 comment:

  1. Salam semua, sama2 kita doakan agar Pn. Faezah dikurniakan kesembuhan segera, aamiin

    ReplyDelete

Meet and Greet 2025 Perpustakaan