Thursday, July 2, 2026

TAHNIAH DR. NUR SYAFIQAH HUSSIN ATAS KEJAYAAN LULUS PERINGKAT PhD

Warga Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Nur Syafiqah Hussin atas kejayaan menamatkan PhD di sesi Viva Voce dan lulus di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Kejayaan ini merupakan hasil daripada dedikasi, ketekunan, pengorbanan serta semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu dan menyumbang kepada kecemerlangan akademik.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat profesional.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah serta mengurniakan kejayaan yang berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.

Ikhlas daripada
Warga Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang



No comments:

Post a Comment

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 iaitu Tuan Haji Azizi Hashim . Warga Fakulti Perakaunan am...