Thursday, February 17, 2022

Taklimat Pelaksanaan Pindaan Kerangka Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
















AMANAT DEKAN 2022 SECARA DALAM TALIAN

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan yang dihormati,

AMANAT DEKAN 2022 SECARA DALAM TALIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman, Amanat Dekan 2022 merupakan program fakulti yang mengkhusus kepada penyampaian amanat, hasrat dan hala tuju Universiti oleh Dekan kepada seluruh fakulti perakaunan.

3.  Sehubungan itu, semua warga dijemput untuk menyaksikan Siaran Langsung Amanat Dekan 2022 yang akan diadakan secara dalam talian seperti butiran berikut:

Tarikh : 17 Februari 2022
Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi

Kerjasama dan perhatian semua warga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

QR CODE jam latihan akan diberikan selepas tamat sesi amanat.

Sekian.
#AmanatTahunBaharu2022
#UiTMdihatiku














Wednesday, February 16, 2022

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN AKSI PETUNJUK PRESTASI BERSAMA PSTU



Bengkel Pembangunan Pelan Aksi anjuran Unit Perancangan Strategik dan Transformasi Universiti (PSTU) UiTM Cawangan Pahang diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh & Hari: 16/02/2022 (Rabu) 
Masa: 09.00 pagi - 05.00 petang
Tempat: Makmal Komputer 7 & 8

Selamat Hari Lahir - Anis Barieyah

Monday, February 14, 2022

WEBINAR WACANA ILMIAH SIRI 1: SEMPURNAHKAH SOLATKU

 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Unit Pentadbiran dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Kuala Terengganu akan menganjurkan webinar seperti maklumat berikut:

WEBINAR WACANA ILMIAH SIRI 1: SEMPURNAHKAH SOLATKU 

Tajuk : Fahami Bacaan Dalam SolatMu
Tarikh : 16 Februari 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Penceramah :

Ustaz Wan Anuar Bin Wan Mamat
Pensyarah
UiTMCT Kampus Dungun

 Moderator :

Ustaz Mohd Shahnizam bin Azmi
Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan
UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

3. Sehubungan itu, semua dijemput untuk menyertai siaran langsung di pautan berikut dan jam latihan disediakan :

Pautan : https://youtu.be/fR2p995NrZg

4. Semoga dengan penyertaan dan sokongan semua terhadap program ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memberikan manfaat yang baik.

Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Lahir - Nor Hawani

Sunday, February 6, 2022

Selamat menduduki Penilaian Akhir

Selamat menduduki Penilaian Akhir
  1. Buat ulangkaji
  2. Semak jadual peperiksaan
  3. Tidur mencukupi
  4. Berdoa dan bertawakkal
  5. Mendapat restu ibubapa/penjaga dan tenaga pengajar

Friday, February 4, 2022

Penulisan Puan Afzan di UiTM News Hub 1/35 - PI1049d

Fakulti Perakaunan merakamkan ucapan tahniah kepada Pn Nurul Afzan di atas kejayaan menerbitkan aktikel bertajuk "Majlis Penyerahan Laporan Akhir Kajian Bekalan dan Pasaran Setempat (Profiling) Daerah Raub dan Lipis,Pahang 2021" di UiTM News Hub. 


SYABAS! Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada masa akan datang.

TAKLIMAT PENILAIAN AKADEMIK FEBRUARI 2022 DAN TAKLIMAT e-PEMBELAJARAN

 YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./ Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya email bertarikh 18 Januari 2022 adalah berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan Taklimat Penilaian Akademik Februari 2022 
dan Taklimat e-Pembelajaran seperti ketetapan berikut :-

Tarikh   : 04 Februari 2022 (Jumaat)
Masa   : 2.45 - 4.45 Petang
Saluran : Aplikasi Cisco Webex






UNDI18 - Apa golongan muda perlu tahu



Program Wakaf Buku 5.0

 


Assalamualaikum W.B.T / UiTM Dihatiku

YBhg. Dato' / Datuk / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka akan menganjurkan kembali program tahunan perpustakaan iaitu Wakaf Buku 5.0

Tarikh program: Januari sehingga Mac 2022

Objektif program:

1. Meningkatkan kepelbagaian koleksi pusat sumber sekolah.
2. Menggalakkan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar sekolah.

Sumbangan bahan bacaan terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Pahang dan orang awam sepanjang tempoh program berlangsung.

Penyumbang yang ingin menyalurkan bahan bacaan mereka boleh mendaftar melalui borang yang disediakan di pautan https://bit.ly/programwakafbuku5

Setiap sumbangan atau penyertaan disertakan bersama e-sijil.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi talian 09-4602112.

Jom ramai-ramai turut serta dalam program ini!

Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah