Wednesday, May 3, 2023

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 UiTM CAWANGAN PAHANG




Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada ketetapan berikut:


Tarikh :  19 Mei 2022 (Jumaat)
Masa    :  8.45 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat  :  Dewan Merpati UiTM Cawangan Pahang,
Kampus Jengka

Anjuran :  Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI)

Sehubungan dengan itu, semua staf UiTM Cawangan Pahang adalah diminta untuk membuat sumbangan sebanyak RM10 (minima) seorang melalui wakil Fakulti/Pusat Pengajian/Bahagian masing-masing. Semua yang hadir juga diminta untuk memakai pakaian hari raya yang bersesuaian dan cantik oleh kerana pakaian tercantik akan diberikan hadiah di penghujung majlis. Sumbangan biskut raya atau apa-apa hidangan adalah amat dialu-alukan.


Disertakan tentatif program untuk rujukan semua. Kehadiran dan kerjasama semua adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Terima kasih.

Mesyuarat SAAS2023





Tuesday, May 2, 2023

Penerbitan bertajuk "Pemanah UiTM pecahkan rekod kebangsaan" - Other Publications

Penerbitan bertajuk "Pemanah UiTM pecahkan rekod kebangsaan" yang telah ditulis oleh Mohamad Azmi Nias Ahmad & Mukhriz Mohamed telah memenuhi kriteria sebagai penulisan Other Publications atau lain-lain elektronik media.

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan lain-lain yang ke-29 bagi tahun 2023 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang


HEBAHAN TIPS ICT JENGKA BULAN APRIL 2023

TIPS PERSEKITARAN KERJA YANG SELAMAT DAN SIHAT

PENDAFTARAN PENGAJARAN KOLABORATIF (SEMESTER MAC 2023)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan

U/P: Staf Akademik

 

CGCT March 2023 (1).png

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Pendaftaran Pengajaran Kolaboratif bagi Semester Mac 2023 telah dibuka. Tarikh akhir pendaftaran Pengajaran Kolaboratif adalah pada 15 Mei 2023.

3.         Dikongsikan pautan Padlet CGCT (pautan: https://bit.ly/3yQYcAG) untuk rujukan rakan pensyarah.  Padlet CGCT merupakan PUSAT SEHENTI bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan CGCT seperti:

            -Kerangka, Pekeliling dan Garis Panduan
            -Slaid pembentangan dan rakaman sesi perkongsian
            -Proses pelaksanaan Pengajaran Kolaboratif
            -Garis masa pelaksanaan Pengajaran Kolaboratif
            -Borang Pendaftaran (Google Form)
            -Borang Pendaftaran PDF (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
            -Borang Penghantaran Laporan (Google Form)
            -Senarai Semak Bukti Pengajaran Kolaboratif
            -Contoh Laporan (Model 1, 2 & 3)
            -Senarai nama serta maklumat untuk dihubungi Wakil CGCT Kolej/Fakulti/Kampus

4.         Terdapat dua borang pendaftaran yang perlu diisi:
            a. Borang Pendaftaran PDF
            b. Borang Pendaftaran Google Form

5.         Untuk mengelakkan daripada terlepas tarikh akhir pendaftaran, rakan pensyarah digalakkan untuk mengisi Borang Pendaftaran Google Form dahulu. Pada bahagian Insert link to the signed Registration Form, mohon rakan pensyarah masukkan pautan folder (di mana terdapatnya Borang Pendaftaran PDF) di Google Drive masing-masing dan bukannya pautan Borang Pendaftaran PDF (yang dimuat naik ke Google Drive masing-masing). 

6.          Rakan pensyarah perlulah terlebih dahulu membuat satu folder di Google Drive masing-masing untuk memuat naik Borang Pendaftaran PDF tersebut. Pastikan pada bahagian Akses Umum (General Access) folder tersebut ditetapkan Anyone with the link Viewer. Borang Pendaftaran PDF yang telah siap diisi dan ditandatangani boleh dimuat naik ke Folder tersebut walaupun selepas tarikh akhir. Selain itu, sekiranya terdapat perubahan maklumat pada Borang Pendaftaran PDF, rakan pensyarah boleh memuat naik borang yang baru di folder tersebut pada bila-bila masa. 

7.         Sekiranya rakan pensyarah telah mengisi dan menghantar Borang Pendaftaran Google Form dan ingin mengedit maklumat di dalam borang tersebut sebelum tarikh akhir pendaftaran, pensyarah hanya perlu mengedit pada Salinan borang Google Form yang dihantar ke emel rakan pensyarah. Rakan pensyarah disarankan untuk tandakan Star emel salinan Borang Google Form tersebut untuk memudahkan pencarian emel dan borang tersebut di kemudian hari.

8.         Bagi pendaftaran ahli projek yang terdiri daripada rakan pensyarah universiti selain UiTM / Industri di Borang Pendaftaran Google Form, rakan pensyarah boleh memilih Others bagi Kampus & Fakulti. Namun begitu, maklumat afiliasi perlu diperincikan di dalam Borang Pendaftaran PDF. 

9.         Tiada sebarang tindakan yang akan diambil bagi pensyarah yang telah mendaftar tetapi tidak dapat menjalankan projek Pengajaran Kolaboratif.

10.       Bermula Mac 2023, pendaftaran Final Year Project (FYP) & Latihan Industri (LI) bagi Model Pentaksiran (Model 3: Assessment) adalah TIDAK DIBENARKAN. Pendaftaran bagi Model 1 (Pembangunan Kandungan Kursus) dan Model 2 (Penyampaian) adalah dibenarkan dengan syarat Pembangunan Kandungan Kursus &/ Penyampaian tersebut merupakan inisiatif dan BUKAN PERKARA WAJIB (seperti yang termaktub dalam silibus) kursus tersebut.  Umum mengetahui penilaian FYP/LI (sekiranya melibatkan pemeriksa kedua / luar) adalah sesuatu perkara yang dikatakan the usual business (termaktub dalam silibus dan pelaksanaan kursus) dan bersifat WAJIB sedangkan Pengajaran Kolaboratif adalah suatu projek yang bersifat INISIATIF (optional/tidak wajib).

11.         Rakan pensyarah yang telah menjalankan projek Pengajaran Kolaboratif (TIDAK TERMASUK FYP & LI) pada semester Okt2022-Feb2023 akan tetapi tidak mendaftar, boleh mendaftar semula pada semester ini. Rakan pensyarah perlu melalui proses pendaftaran dan penghantaran laporan yang sama (rujuk Wakil CGCT masing-masing bagi penerangan lanjut).

12.         Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Pihak CIDL ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam melaksanakan projek CGCT dan semoga projek ini dapat membuahkan hasil yang bermanfaat khasnya buat rakan pensyarah dan para pelajar serta UiTM umumnya. Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada cidl@uitm.edu.my.
 

Sekian, Terima kasih.


"MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


CENTRE FOR INNOVATIVE DELIVERY & LEARNING DEVELOPMENT
Office of Deputy Vice Chancellor (Academic and International)

Monday, May 1, 2023

Virtual Innovation Competition 2023 (VIC23)

Inline image
“Do you have what it takes to be the GAME CHANGER?”

 

Assalamualaikum w.b.t and Good Day to everyone

 

We would like to invite everyone to the fourth edition of

Virtual Innovation Competition 2023 (VIC23)

 

 An international virtual innovation event organized by DIGIT360, Digital Information Interest Group (DIGIT), and Information Science Studies, College of Computing, Informatics and Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan Branch Branch, Malaysia, in collaboration with Universitas Ngudi Waluyo, Indonesia; Camarines Sur Polytechnic Colleges, Philippines; Indian Innovators Association, India; The Union Of Arab Academics, Yemen; Indonesian Young Scientist Association, Indonesia; Asia Research News; Nusantara Training and Research, Indonesia; Academica Press Solutions; RR Texnology; and Laman Teknologi. 

 

 WHY YOU SHOULD JOIN VIC23?

 

  1. Inexpensive registration fee
  2. International event gathering academicians, practitioners, and students from all around the world.
  3. To fulfil the requirement of your MyATP (UiTM) from the comfort of your office.
  4. 2 + 1: Innovation + Extended Abstract publication with eISBN
  5. 21 special awards to be won.
  6. PAJSK for Primary/Secondary Schools
  7. Largest Online Innovation Exhibition in Malaysia (1000+ participants)

 

 

STRATEGIC  PARTNERS

Inline image

 


MEDIA PARTNERS 

Inline image

 

 

COMPETITION SCHEDULE

Competition Period                                        1 March 2023 – 1 June 2023

Entry Deadline & Payment of Fees               01 June 2023

Judging                                                           08 June 2023 – 15 June 2023

Announcement of Results                            28 June 2023, 11.00 AM


COMPETITION POSTER

Inline image


 

HOW TO PARTICIPATE?

1.    Register your project at Registro Portal: https://registro.myvic.asia

2.    A letter of Acceptance (LOA) will be automatically issued for the accepted project. Please check Registro Portal for the copy of the PROJECT ID (I.E. YS10, 3MT1, SS1, ST1)

3.    Upload your video to any YouTube. Please ensure that you set the permission to public or unlisted.

4.    Pay the participation fee via Registro Payment System.

5.    Upload your video link, and evidence (optional – preferably Google Drive) via Registro Portal.

6.    For Young Scientists and Junior Scientists category, you are required to attach an approval letter from the school.

7.    The letter can be downloaded here: https://myvic.asia/wp-content/uploads/2023/02/Surat_Kebenaran_Sekolah.docx

8.    Please attached the letter with the school’s official letterhead and obtain the signature as well as the official stamp.

9.    Then, upload the document/letter to Google Drive – set permission to ‘anyone can view’.

10. The organizer will verify the payment, video, and/or evidence link.

11. Once verified, the video will be uploaded to VIC Virtual Booth.

12. A panel of expert reviewers will review all the projects submitted.

13. Most Outstanding Video Awards will be selected by the juries.

14. Announcement of results through the VIC YouTube Channel, VIC website, and email.

15. The judges’ decision is final, and no appeals will be entertained.

16. IMPORTANT NOTICE – The leader for Tertiary, Young Innovators and Junior Innovators must be a student. 

  

SUPPORT TEAM

For more information, please visit the event website: https://myvic.asia  or reach us via email at digitalevents.secretariat@gmail.com. You may also contact us through our support group at https://t.me/vicsupport

SIRI TIPS KKP 5/23: COVID-19 MASIH BERADA DI SEKELILING KITA!!!


CAKNA Risiko Bil. 7/2023 - Sumber Risiko Perundangan : Undang-Undang Tidak Bertulis (2).

Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah