Thursday, December 15, 2022

Tahniah Nurul Afzan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Tajuk: 7th International Conference on Governance & Accountability ( ICGA), South Africa
Anjuran: Durban University of Technology ,South Africa collaborate with ARI UiTM 
Tarikh:  22-24 Nov 2022
Tempat: Durban University Technology , South Africa ( Virtual Presentation)
Laporan : Nurul Afzan Najid

Dr MANA
Pusat Pengajian Perakaunan


Tuesday, December 13, 2022

Penerbitan bertajuk "Pensyarah UiTM Cawangan Pahang Pensyarah Jemputan Di TARUMT" penuhi PI049d - Other Publication

Tahniah kepada Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul & Lily Mazlifa Mustafa di atas usaha menerbitkan sebuah "penulisan lain-lain" bertajuk" Pensyarah UiTM Cawangan Pahang Pensyarah Jemputan Di TARUMT" yang telah berjaya memenuhi PI049d - Other Publications (case studies, technical reports, articles in magazines, newsletters, original writings and publications from conferences, digital or print media).

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 35 keseluruhannya pada tahun 2022. Untuk rekod, pencapaian Fakulti perakauan bagi PI049d ini adalah yang ke 54 dari 35. 


Bengkel Penyerahan PI 2023 kepada KPP

Tajuk:  Bengkel Penyerahan PI 2023 kepada KPP 
Tarikh:  12/12/2022
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Al-Biruni 2 , UiTM CPh 
Kehadiran: Penyelaras PSTU, KPP, wakil pensyarah setiap fakulti, PIC setiap PTJ.
Kumpulan sasaran: Semua Ketua Pusat Pengajian

Tujuan:
1. PIC PTJ memberi pendedahan secara terperinci  mengenai PI 2023 kepada semua KPP
2. PIC PTJ menyerahkan pengagihan PI 2023 kepada semua KPP
3. KPP memberi maklum balas mengenai PI yang diperolehi dan berbincang bersama PIC PTJ untuk proses pengurangan atau penambahan.

Laporan : Fatin Aqilah
Gambar : Azmi Nias

Klik pada gambar untuk gambar yang berkualiti tinggi









#wargafpnpahang

Friday, December 9, 2022

Ziarah Warga PPP baharu - Puan Norlinda







Lawatan muhibbah ke rumah pensyarah baru Fakulti Perakaunan Uitm rrPahang, Puan Nurlinda Zainal Abdul.

Semoga ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli fakulti.

#wargafpnpahang

Tahniah Nurul Afzan Najid - Collaborative Teaching ACC116

PROGRAM GOTONG ROYONG PEJABAT DAN PERTANDINGAN PEJABAT & BILIK PEGAWAI SEMPENA EKSA UiTM CAWANGAN PAHANG

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan Unit Kualiti  menjemput semua warga UiTM Cawangan Pahang bagi menyertai program berikut:

Tarikh: 14 Disember 2022 (Rabu)
Masa: 10.30 pg - 1.00 ptg
Tempat : Ruang Pejabat bahagian/ unit masing - masing
                                                                                                                           

Disamping itu juga pertandingan pejabat dan bilik pegawai akan diadakan, penjurian akan dibuat pada 22 Disember 2022 (Khamis) borang penyertaan seperti pautan berikut :


Sehubungan dengan itu, dijemput semua untuk turut sama menyertai program ini. Keputusan pemenang akan diumumkan semasa Hari Inovasi & Kualiti Peringkat UiTM Cawangan Pahang 
pada 28 Disember 2022

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi:

En Jalcairul Azris Jalaluddin - ext 2124
Cik Nur Hamizah Abdul Razak - ext 2769

Sekian, terima kasih.


Jalcairul Azris Jalaluddin
Pegawai Eksekutif
Unit Pentadbiran Pejabat Rektor

Tel. No. H/P: 6017-9026105
Office : 094602124

Thursday, December 8, 2022

Tuesday, December 6, 2022

Monday, December 5, 2022

Soft Launching GEROBOK KITA

Wakil fakulti Salehah Zafirah Zulkepli dan Norlinda Zainal Abdul telah menghadiri  program “Soft Launching” Gerobok KITA yang diadakan pada ketetapan seperti berikut : 

Program : “Soft Launching” Gerobok KITA
Tarikh : 5/12/2022 (Isnin)
Masa : 5 Petang – 6 Petang
Tempat : Perkarangan Uwais Al-Qarni, UiTM CPh, Kampus Jengka

Tentatif program :
5 PM : Ketibaan Ketua Pusat Pengajian(KPP) & Jawatan Kuasa Esekutif Negeri(JKEN)
5.10 PM : Ketibaan Rektor UiTM CPh
5.15 PM : Kata Aluan Rektor
5.30 PM : “Soft Launching” Gerobok KITA oleh Rektor UiTMCPh
5.45 PM : Jamuan Di Anjung Khazanah Alam

Program ini adalah hasil Kerjasama di antara Kelab Pensyarah, Unit Hal Ehwal Islam , Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan KMK Mart (MASMED). Tujuan utama program ini diadakan bagi memperkenalkan dan mengalakkan sumbangan kepada mahasiswa/i dari segi keperluan asas yang diperlukan. 






PERTANDINGAN SUKAN BAKAT BARU ANTARA FAKULTI

Unit Sukan UITM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dengan Kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Pertandingan Sukan Bakat Baru Antara Fakulti. Pertandingan yang telah berlangsung pada 3 Disember 2022 ini diadakan di Dewan Indera Segara bermula pada pukul 8.00 pagi.   

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menerapkan minat dan kecenderungan mahasiswa dalam kegiatan sukan dan riadah serta mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan pelajar-pelajar di UITM. 

Antara sukan yang dipertandingkan meliputi sukan Badminton, Ping Pong, Karom, dan Dart. Bagi menjayakan program ini, setiap Fakulti telah menhantar 2 beregu, iaitu 1 beregu lelaki dan 1 beregu perempuan bagi setiap acara yang dipertandingkan. 

Fakluti Perakaunan juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang terlibat.  

Berikut merupakan antara peserta daripada Fakulti Perakaunan yang berjaya memperoleh pingat dalam Pertandingan Sukan Bakat Baru Antara Fakulti: 

Ping Pong
Naib Johan Wanita
1. Nurlisa Irdina binti Juhar
2. Iffah Fatihah binti Shahrul Azhar

Karom
Naib Johan Lelaki
1. Meor Ahmad Danish bin Mohd Yazid
2. Abdul Shakir bin Ariffin

Tempat ke-3 Wanita
1. Iffah Fatihah binti Shahrul Azhar
2. Nurin Najwa binti Ahmad Rojamuddin

Badminton
Tempat ke-3 Wanita
1. Iman Saabira binti Basirun
2. Aleesya Yasmin binti Zaidi

Laporan oleh : JASMINE ADRIANA BINTI MAHATHIR





Mesyuarat KARISTA 2023

 






Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah