Thursday, August 27, 2026

Gunung Kinabalu sudah kau takluk! Memang hebat betul kau bah!

Setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Afzan atas kejayaan luar biasa menawan Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,095.2 meter, tanggal 26 Ogos 2026.

Kejayaan ini bukan sekadar sampai ke puncak, tetapi membuktikan bahawa semangat, keberanian dan keazaman mampu membawa kita mengatasi setiap cabaran.

Semoga pencapaian hebat ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FPN untuk terus berani mencabar kemampuan diri dan mengejar impian.

Anda berjaya menawan gunung dan juga rasa kagum kami! 💪⛰️

Ikhlas daripada
Warga Fakulti Perakaunan
UiTM Cawangan Pahang

#TahniahNurulAfzan
#GunungKinabalu
#LowsPeak
#WargaFPNPahang
#UiTMCawanganPahang
#InspirasiWarga




Sanah Helwah

Monday, July 6, 2026

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 iaitu Tuan Haji Azizi Hashim.
Warga Fakulti Perakaunan amat bangga atas penganugerahan ini. Semoga Tuan Haji Azizi akan terus cemerlang dan berjaya menaikkan nama fakulti di masa akan datang.

Thursday, July 2, 2026

TAHNIAH DR. NUR SYAFIQAH HUSSIN ATAS KEJAYAAN LULUS PERINGKAT PhD

Warga Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Nur Syafiqah Hussin atas kejayaan menamatkan PhD di sesi Viva Voce dan lulus di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Kejayaan ini merupakan hasil daripada dedikasi, ketekunan, pengorbanan serta semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu dan menyumbang kepada kecemerlangan akademik.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat profesional.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah serta mengurniakan kejayaan yang berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.

Ikhlas daripada
Warga Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang

#wargafpnpahang



Wednesday, July 1, 2026

Sumbangan Fakulti Perakaunan kepada Waris Allahyarham En. Zamri di FELDA Bukit Goh

Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah menyampaikan sumbangan kepada waris Allahyarham En. Zamri di FELDA Bukit Goh sebagai tanda keprihatinan dan solidariti warga fakulti terhadap keluarga beliau.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga serta menjadi lambang ukhuwah dan kasih sayang sesama warga komuniti.

Al-Fatihah buat Allahyarham En. Zamri.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

#wargafpnpahang

Good Luck Syasya


Sunday, June 21, 2026

Accountathlon 2026 & Family Day

Click gambar - besarkan - Download (untuk Imej Berkualiti Tinggi)

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA



Permulaan I-01




Check Point - Uwais Qarni





Check Point - Depan Uwais Qarni



Check Point - Fast Track




Check Point - Berhampiran AE



Check Point - Dewan Kuliah




Check Point - Block J



Usahawan kita



Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah






Tuesday, May 19, 2026

Majlis Perasmian Penutupan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026

Majlis Perasmian Penutupan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026 

📅 Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)  
⏰ Masa : 8:00 malam – 11.00 malam  
📍 Tempat : Padang Bola Sepak A, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka







Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah