Thursday, April 28, 2022

Penerbitan UiTM News Hub memenuhi PI049d - Other Publication ke 6/35

Tahniah kepada Mohamad Azmi Nias Ahmad, Norlaila Binti Mohd Din, Azizi @ Hamizi Bin Hashim, Sabariah Jamaluddin, Wan Izzul Hakim Bin Wan Jamal Abdul Nasir dan Nurul Amni Binti Zulkefli di atas usaha menerbitkan sebuah "penulisan lain-lain" bertajuk Ziarah Kasih Fakulti Perakaunan dan MPP UiTM Cawangan Pahang yang telah berjaya memenuhi PI1049d - Other Publications (case studies, technical reports, articles in magazines, newsletters, original writings and publications from conferences, digital or print media).

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 49 keseluruhannya pada tahun 2022. Untuk rekod, pencapaian Fakulti perakauan bagi PI049d ini adalah yang ke 5 dari 35. 




#wargafpnpahang

Wednesday, April 27, 2022

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH DALAM KALENDAR AKADEMIK SESI II 2021/2022

๐Ÿ“Œ MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH DALAM KALENDAR AKADEMIK SESI II 2021/2022

- Gugur Taraf (GT) : 9 Mei 2022
- Permohonan RPGT : 9 - 13 Mei 2022
- Keputusan RPGT : 14 Mei 2022

PEMAKLUMAN MESRA KEPADA CALON PENERAPAN MEMOHON PROGRAM SARJANA MUDA SESI 1 2022/2023 AMBILAN OKTOBER 2022

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan

PEMAKLUMAN MESRA KEPADA CALON PENERAPAN MEMOHON PROGRAM SARJANA MUDA SESI 1 2022/2023 AMBILAN OKTOBER 2022

Merujuk perkara diatas.

2.     Susulan daripada pemakluman lanjutan tarikh akhir permohonan penerapan ke Program Sarjana Muda sehingga 1 Mei 2022, Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang telah membuat semakan dan mendapati masih terdapat dalam kalangan calon penerapan yang belum membuat permohonan tersebut sehingga kini.

3.     Sehubungan itu, mohon kerjasama & tindakan daripada YBhg. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan, untuk membuat pemakluman kepada pelajar Tahun Akhir Diploma untuk SEGERA membuat permohonan Penerapan Semester Akhir Diploma ke Program Sarjana Muda UiTM Sesi 1 (Oktober 2022) *SEBELUM 1 MEI 2022.  Berikut disertakan senarai nama pelajar yang belum membuat permohonan tersebut sebagai rujukan pihak YBhg. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan.*Sekiranya pelajar berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya di UiTM.

Sekian, harap maklum.

Mesyuarat Khas FPN

 

Update 25 April 2022

 

  1. Semak keputusan
  2. Pelajar SML buat secara manual dan terus ke Pejabat AM Kolej pada 8 Mei 2022
  3. Jika gagal, hubungi Kolej Siswa Mat Kilau (09-4602153/3207) 
  4. Jika gagal, hubungi Kolej Siswi Tok Gajah (09 - 460 3333/3320)
  5. Tarikh masuk : 8 Mei 2022 (SATU HARI SAHAJA)
  6. Jika terpaksa masuk awal hubungi nombor diatas
  7. Pelajar perlu mengisi dan memuat naik keputusan "Saliva/Nasal Test Kit" di google form yang disediakan: https://bit.ly/PendaftaranKolejTokGajah_fasa2
  8. Segala urusan adalah pada jam 0800-1630 sahaja !!!
* Semua pelajar akan masuk pada FASA 2 dan terus ke FASA3



Sedikit maklumat tambahan dari Kolej Tok Gajah

*PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ FASA 2 KOMPLEKS TOK GAJAH SESI MAC-OGOS 2022 *

⚜️Perhatian kepada semua mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, pelajar boleh menyemak keputusan permohonan kolej masing-masing di Student Portal UiTM bermula 25 April 2022

⚜️Tarikh pendaftaran kolej adalah pada 8 MEI 2022, Ahad (SATU HARI SAHAJA)

⚜️Berikut adalah panduan pendaftaran kolej :- 

1️⃣ Pelajar terdiri daripada kelompok yang telah lengkap mengambil 2 dos vaksinasi atau 2 dos vaksinasi berserta dos penggalak
2️⃣ Pelajar diwajibkan untuk memuat turun dan mencetak slip pendaftaran kolej dan membuat pengisytiharan kesihatan di laman web https://saringc19.uitm.edu.my
3️⃣ Pelajar perlu membuat ujian kendiri covid-19 sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hadir untuk mendaftar kolej
4️⃣ Pelajar perlu mengisi dan memuat naik keputusan "Saliva/Nasal Test kit" di google form yang disediakan https://bit.ly/PendaftaranKolejTokGajah_fasa2
5️⃣ "Satu pelajar satu kereta" Hanya satu kenderaan bagi setiap pelajar dibenarkan pada hari pendaftaran
6️⃣ Pelajar perlu mengimbas kod QR dan suhu badan di pintu masuk utama kampus
7️⃣ Pelajar siswi boleh bergerak ke kolej kediaman Kompleks Tok Gajah
8️⃣ Pelajar dikehendaki mendaftar dan mengambil kunci rumah di Unit Pengurusan Kolej (UPK)
9️⃣ Waris drop-off pelajar di kawasan kolej kediaman
Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan rumah/bilik

๐Ÿ“ŒPara pelajar diminta untuk sentiasa peka dengan sebarang pemakluman berkaitan permohonan kolej‼️

๐Ÿ“ŒSebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di infografik Panduan Pendaftaran Kolej Kompleks Tok Gajah Sesi Mac-Ogos 2022

Kerjasama daripada semua amatlah kami dihargai. 

Sekian, terima kasih.

๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kompleks Tok Gajah
UiTM Caw. Pahang,
Kampus Jengka,
Sesi 2021/2022


Tuesday, April 26, 2022

Singgah Sahur










Pelajar FPN sertai Iftar Hayrat Relief Malaysia







Selamat Hari Lahir Puan Lily dan Puan Nurul Afzan



ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุทَูˆِّู„ْ ุนُู…ُูˆุฑَู†َุง ูˆَุตَุญِّุญْ ุฃَุฌْุณَุงุฏَู†َุง ูˆَู†َูˆِّุฑْ ู‚ُู„ُูˆْุจَู†َุง ูˆَุซَุจِّุชْ ุฅِูŠْู…َุงู†َู†َุง ูˆَุฃَุญْุณِู†ْ ุฃَุนْู…َุงู„َู†َุง ูˆَูˆَุณِّุนْ ุฃَุฑْุฒَู‚َู†َุง ูˆَุฅِู„َู‰ ุงู„ุฎَูŠْุฑِ ู‚َุฑِّุจْู†َุง ูˆَุนَู†ِ ุงู„ุดَّุฑِّ ุงَุจْุนِุฏْู†َุง ูˆَุงู‚ْุถِ ุญَูˆَุงุฆِุฌَู†َุง ูِู‰ ุงู„ุฏِّูŠْู†ِ ูˆَุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَุงู„ุۤงุฎِุฑَุฉِ ุฅِู†َّูƒَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَู‰ْุกٍ ู‚َุฏِูŠْุฑٌ

Ya Allah.. Panjangkan umur kami, sihatkan jasad kami, terangi hati kami, tetapkan iman kami, baikkan amalan kami, luaskan rezeki kami, dekatkan kami pada kebaikan dan jauhkan kami dari keburukan, kabulkan semua keperluan kami dalam urusan agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau (Allah) Maha Kuasa atas segala 

#wargafpnpahang

Monday, April 25, 2022

Jaringan Industri ke Al Baghdadi (Pentagon Maths Sdn Bhd)











Satu sesi perbincangan dan pembentangan produk inovasi Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah diadakan di hadapan CEO Pentagon Maths, Encik Farhan Alias (Alumni Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang)Encik Sulaiman Syah dan Cik Umi di menara Al Baghdadi, Selayang, Selangor.

Terdapat 6 kumpulan inovasi telah mengadakan pembentangan untuk 14 produk yang telah dihasilkan dimana produk-produk ini telah memenangi 19 emas, 17 perak dan 5 gangsa di pertandingan inovasi diantara tahun 2015-2022. Antara produk-produk tersebut adalah: -

1. Produk bantuan megenal huruf Al-Quran
    Produk : Simmatch 
    Pembentang : Pn Norlaila Md Din

2. Produk matematik
    Produk 1 : Enjoy maths
    Produk 2 : Olala maths
    Pembentang : Pn Norlaila Md Din

3. Produk menentukan kos
    Produk : Cost it Right (CIR)
    Pembentang : Dr Mohamad Azmi

4. Produk Pembelajaran Perakaunan (AOTB)
    Produk 1 : Androids Apps
    Produk 2 : Card Game
    Produk 3 : Board Game
    Produk 4 : Board Game Advance 
    Produk 5 : Helliride
    Produk 6 : Eagle eyes
    Pembentang : Pn Norlaila Md Din & Dr Mohamad Azmi

5. Produk Pelaporan Masjid
    Produk 1 : Integrated Accounting System for Mosque
    Produk 2 : SERi
    Produk 3 : SEPe
    Pembentang : Haji Azizi

6. Produk Pembelajaran Perakaunan (Pelajar)
    Produk : The Beste Cyclus
    Pembentang : Wan Izzul (Pelajar)

Kerjasama yang bakal diadakan bersama Al-baghdadi Pentagon Maths membuka ruang and peluang untuk diadakan satu memorandum persefahaman (MoU) bagi mensenergikan produk-produk sedia ada dan menghasilkan produk-produk baharu di masa hadapan. Perbincangan yang menjurus kepada pemantapan pedagogi dan metodologi ini telah memberi sedikit sebanyak input kepada kumpulan inovasi daripada UiTM Cawangan Pahang ini. Al-baghdadi Pentagon Maths juga membuka peluang kepada penyelidik-penyelidik untuk melakukan kajian-kajian berkaitan dan mereka sedia bekerjasama untuk menghasilkan kertas-kertas kerja penyelidikan  

Kepakaran yang ada dipihak Al-baghdadi Pentagon Maths dan UiTM akan dapat menghasilkan produk yang lebih mantap dan bermanfaat untuk pelajar-pelajar di semua peringkat.

Ziarah Kasih FPN dan MPP






RAWANG, 25 April 2022 - Ziarah Kasih Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah diadakan ke rumah pelajar Muhammad Asyraf Arafar Bin Azmi, pelajar Diploma Perakaunan, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang. Rombongan diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian Perakaunan, Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad dan disertai oleh Puan Norlaila Binti Mohd Din, Haji Azizi @ Hamizi Bin Hashim, Wan Izzul Hakim Bin Wan Jamal Abdul Nasir (YDP MPP) dan Nurul Amni Binti Zulkefli (Wakil PERSIDA)
 
Program ziarah kasih ini bukan sekadar lawatan bagi menyampaikan sumbangan Hari Raya tetapi juga untuk bertanya khabar tentang situasi terkini pelajar ini. Bapa kepada pelajar ini telah meninggal dunia dan selepas itu ibunya pula diserang angin ahmar sebanyak dua kali dan terpaksa melakukan pembedahan kaki akibat terjatuh. 

Pelajar ini tinggal dan menjaga ibunya berseorangan kerana adik-beradik beliau sudah berkahwin dan bekerja diluar negeri Selangor. Untuk makluman, lawatan ini sepatutnya diadakan pada tahun lepas, tetapi terpaksa ditunda sehingga tahun ini. Dalam lawatan ini pelajar juga diberi bantuan komputer untuk kegunaan mengikuti sesi pembelajaran dan menamatkan pengajiannya dalam masa yang terdekat. 

Melalui program ini, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang turut memenuhi memenuhi PI077 – Total amount received (from external) for Social Responsibility programmes (USR) and Knowledge Transfer Programmes (KTP) programmes, PI078 - Total amount spent (from own funds) for USR and KTP. Selain daripada itu program ini juga telah menepati Matlamat Pembangunan Lestari yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-4, iaitu SDG 1 - Tiada Kemiskinan, SDG 3 - Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, dan SDG 4 - Pendidikan Berkualiti

Jawatankuasa Pelaksanaan Program yang diketuai oleh Puan Sabariah Jamaluddin juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang dan penderma-penderma diatas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

CAKNA Risiko Bil. 7/2022 : Risiko Strategik 1 -Ketidakstabilan Kewangan

#wargafpnpahang

Selamat Hari Lahir Cik Naqiah

 
#wargafpnpahang

Thursday, April 21, 2022

Webinar: “McDonald’s 2022 - Management Trainee Program”




Penceramah:

Encik Rosli Salim

Pengurus – Modal Insan

Gerbang Alaf Restaurants – McDonald’s Malaysia

  

Moderator:

Dr Nur Fatihah Shaari (Pensyarah Kanan, FPdP, UiTM Caw. Johor)

Untuk makluman Gerbang Alaf Restaurants – McDonald’s Malaysia mempunyai program latihan seperti berikut: -

a. Program Latihan Industri – minima 3 bulan, Umur 19 tahun dan keatas (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda)

b. Program Skim Latihan Dual national (SLDN) – program 18 bulan, Sijil SKM Tahap 2@3, minima 17 tahun dan keatas, Sijil akan dikeluarkan oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia

c. Program Management Apprentice (MAP) – Latihan hujung minggu bagi pelajar yang sedang belajar (Diploma/Degree sahaja), program 8-15 bulan

d. Program Graduate Employability Program (GEP) – Terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda yang telah tamat belajar, program, 6 bulan

 

Jam latihan akan direkodkan untuk staf UiTM 


Semua dijemput hadir dan mohon kongsikan hebahan ini kepada pelajar-pelajar tuan/puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

‟WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
‟BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Yang menjalankan tugas,

 

Muhammad bin Majid, PhD 

Koordinator ICAN

Unit Jaringan Industri & Komuniti 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor


#wargafpnpahang

Jom Baca Bersama 10 Minit

 

Assalamualaikum W.B.T / UiTM Dihatiku

YBhg. Dato' / Datuk / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan

Sempena sambutan Jom Baca Bersama 10 Minit yang dianjurkan secara serentak seluruh Malaysia, Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan program "Jom Baca Bersama 10 Minit@PUiTM" dengan tema "Bangkit, Baca, Bersyukur". Program ini merupakan salah satu inisiatif menggalakkan budaya membaca di kalangan warga UiTM dan pelajar seterusnya menjadikan rakyat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan dalam pelbagai aspek.

Pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan/puan ke program tersebut pada:  

Tarikh    : 21 April 2022 (Khamis)
Masa      : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat  : Perpustakaan Al-Bukhari & Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Cawangan Pahang

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh warga UiTM Cawangan Pahang untuk turut serta memeriahkan lagi program ini dengan hadir secara fizikal atau kongsikan gambar menarik anda ketika membaca di Facebook atau Instagram dan sertakan tanda pagar:

#malaysiamembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2022
#bangkitbaca #bersyukur
#pahangmembaca
#puitmmembaca
#wargafpnpahang

Wednesday, April 20, 2022

High Impact Publication: My Learning Journey, Strategies and Practice











You are invited to participate in the Faculty of Accountancy Research & Innovation Training Series 2022. The details are as follows:

Title : High Impact Publication: My Learning Journey, Strategies and Practice

Date : 20th April 2022 (Wednesday)

Time : 2.00 pm - 4.00 pm


Speaker:
Dr. Effiezal Aswadi Abdul Wahab, Curtin University, Australia

Moderator:
Assoc. Prof. Dr. Mazurina Mohd Ali, Faculty of Accountancy, Universiti Teknologi MARA

Platform: Live via Cisco Webex                                                                                                                          

Fee:

For payment, please use the link below:
RM20 (Student)
https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AA02/02/611

RM50 (Non-Student)
https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AA02/02/612

Registration:
For registration, please use the link below:
https://forms.gle/FFmvxdqCXvDKdzpn8


*Link for this webinar will be provided once payment is received.

*Certificates will be provided.  

Thank you and see you online!


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Unit Komunikasi Korporat 
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor 
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
Gmail           : korporatfact@uitm.edu.my
Website       : accountancy.uitm.edu.my

#wargafpnpahang

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024