Wednesday, November 17, 2021

Dua Penerbitan Gading Journal for Social Sciences Vol. 24 No. 04 Penuhi PI 65

Tahniah kepada Mohamad Azmi Nias Ahmad & Junaidah Jamaluddin, Kolaborator nasional. Ir Kamarul Hisyam Kamaruzzaman dan Faizan Abd Jabar dari Fakulti Pengurusan Perniagaan atas penerbitan My-Cite yang bertajuk "Kegagalan Peralatan dan Prestasi Merudum di Kalangan Pemanah". 

Tahniah juga kepada Syahida Md Zeni, Azizi@Hamizi Hashim, Norlaila Md Din & Mohamad Azmi Nias Ahmad  atas penerbitan My-Cite yang bertajuk "Pengurusan Kewangan Mahasiswa". 

Penerbitan ini telah memenuhi PI 65 Number of indexed publication: Journal in MyCite.

SYABAS! Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada masa akan datang.




Sunday, November 14, 2021

INDES 2021 - Kejayaan ke 21 Pingat EMAS sejak 2015

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Naqiah Awang Pensyarah Fakulti Perakaunan yang telah memenangi pingat EMAS di dalam pertandingan inovasi 10th International Innovation, Invention & Design Competition (INDES) 2021 bertajuk FEE -FIFO- FUM STOCK VALUATION BOARD GAMES.

Diharapkan penyertaan dan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah untuk menyertai lebih banyak pertandingan disamping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Thursday, November 11, 2021

Buku Setahun ODL : Sebuah catatan pengalaman Penuhi PI 66


Tahniah kepada Editor Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Noor Batrisya Mohmad Badli. Buku berISBN: 978-983-41991-2-8, ini diterbitkan oleh Mohamad Azmi bin Nias Ahmad dan dicetak oleh MARDANI ENTERPRISE. Ia mempunyai 171 mukasurat dan dijual pada harga RM25 dan boleh dibeli di Shopee pada minggu kedua bulan hadapan (Disember 2021). 

Tahniah kepada penulis-penulis - Junaidah Jamaluddin, Anis Barieyah Mat Bahari, Azizi @ Hamizi Hashim, Lily Mazlifa Mustafa, Noor Hasimah M. Yacob, Nor Hawani Wan Abdul Rahman, Norlaila Mohd Din, Nur Syazwani Mohammad Fadzillah, Sabariah Jamaluddin, Syahida Md Zeni, Nurul Afzan Najid, Naqiah Awang, Nur Syafiqah Hussin, Suliza Suhaimin, Hanis Syahmie Abdul Rahman, Nur Hani Ithnanin, Nurul Hassanah Hamzah, Humairaa Hasan, Nor Adilla Tajarahim dan Norlaily Asnawi Sulaiman.

Buku in ditulis ketika negara masih lagi berjuang melawan pandemik covid-19 yang menjadi asbab kepada pembelajaran Open and Distance Learning ataupun ODL. Tanpa sedar, para pendidik serta pelajar telah memasuki semester ke empat (4) menggunakan ODL. Keputusan menggunakan kaedah pembelajaran ODL ini dibuat setelah mengambil kira faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan pelajar sekiranya kembali ke kampus.

Sebenarnya seawal tahun 1970an lagi kaedah pembelajaran secara ODL sudah diperkenalkan, yakni sebelum internet diperkenalkan kepada umum. Pembelajaran jarak jauh pada kebiasaannya menggunakan pos, radio, telefon dan siaran televisyen ini sangat meluas terutama dikawasan luar bandar. Bahan pengajaran yang disediakan adalah sebenarnya lebih kepada memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan masa mereka dalam mempelajari sesuatu perkara.

Di awal perlaksanaan ODL, pelajar mengharapkan kelas ‘online’ melalui Google Meet adalah setaraf dengan pembelajaran fizikal di kelas. Disebabkan pengurusan masa yang tidak bijak, kurang persediaan dan interaksi satu hala, menjadikan pelajar kurang faham dan berasa terbeban dengan ODL.

Buku ini cuba merungkaikan bagaimana pensyarah-pensyarah berdepan dengan cabaran ini dan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Semoga buku ini menjadi sumber rujukan catatan pengalaman di era pandemik Covid-19 yang bermula pada awal tahun 2020.

Penerbitan Gading Journal for Social Sciences Vol. 24 No. 04 Penuhi PI 65

Tahniah kepada Nurul Afzan Najid, Nur Syazwani Mohammad Fadzillah, Mohamad Azmi Nias Ahmad, Junaidah Jamaluddin, dan Norlaila Mohd Din yang menghasilkan 2 penerbitan My-Cite yang bertajuk

  1. STRENGTHENING THE GIG ECONOMY (Muat Turun)
  2. THE RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLE AND ACADEMIC PERFORMANCE OF ACCOUNTING UNDERGRADUATES IN ONLINE CLASSES - (Muat turun)
Penerbitan ini telah memenuhi PI 65 Number of indexed publication: Journal in MyCite. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada masa akan datang.




Minggu ke 5 Perjumpaan PA diserikan dengan penampilan Istimewa En Zahran

Minggu ke 5 Perjumpaan PA dimulakan dengan Penasihat Akademik bertanya khabar dengan mentee masing-masing. Sesi seterusnya Haji Azizi dan Puan Syahida memperkenalkan KOSISWA kepada pelajar Perakaunan.

Sesi kali ini diserikan dengan sesi perkongsian pengalaman Muhammad Zahran Bin Abd Rahman dimana beliau membentangkan tajuk Seronoknya Menjadi Usahawan. Hampir 300 pelajar menyertai sesi yang bermula pada jam 4 petang dan berakhir pada pukul 5:15 petang ini.

Fakulti Perakaunan mengucapkan Tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya kepada  Encik Muhammad Zahran Bin Abd Rahman, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, kerana sudi menerima jemputan kami ke program ini.




Rakaman sesi akan mengambil masa satu hari untuk siap dan boleh dilayari di https://fpnpahang.blogspot.com/p/week-6-pengenalan-kosiswa-haji-azizi.html

Wednesday, November 10, 2021

Perbincangan awal antara LHDN dan Fakulti Perakaunan

Satu sesi perbincangan awal telah diadakan antara Ketua Pusat pengajian Perakaunan dan En Muhamad Assif Abdullah, Pegawai Perhidmatan Pelanggan LHDN. Antara yang dibincangkan adalah hal berkaitan klien pengisian (Kes susulan Kaunter pengisian e-filing 2021), kemungkinan mengadakan Pejabat Satelite di UiTM Pahang (ke arah MOU & Khidmat masyarakat LHDN dan Fakulti Perakaunan) dan Kaunter pengisian e-filing 2022 bagi taksiran 2021 di UiTM Pahang.

Untuk makluman awal, Kaunter pengisian e-filing 2022 akan diadakan pada minggu ke 3 atau minggu ke 4 pada bulan Mac 2022. LHDN akan membuka kaunter bersama fasilitator-fasilitator daripada Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang.

Perbincangan berjalan lancar dan semoga kerjasama dan ikatan di antara LHDN dan Fakulti Perakaunan terus terjalin Erat.



Tuesday, November 9, 2021

Sumbangan kepada Keluarga Suliza

 

Tanggal 4 November 2021, Fakulti mendapat perkhabaran sedih, Ayahanda Puan Suliza telah kembali kepada penciptanya. Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan sesungguhnya hanya kepada-Nya lah kita dikembalikan.

Sebagai membantu meringankan beban ahli keluarga Puan Suliza, sedikit sumbangan Fakulti Perakaunan telah disampaikan kepada Puan Suliza oleh Puan Sabarah, Penyelaras CSR Fakulti Perakaunan.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه
Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah kesalahannya.

Takziah buat Puan Suliza & keluarga

Monday, November 8, 2021

BENGKEL PENGISIAN TEMPLATE PENDAFTARAN RISIKO PTJ 2021 - Fakulti Perakaunan

 


Terima kasih kepada Lily, Anis, Jun, Hassanah, Azizi dan Azmi kerana menjayakan bengkel pengisian template Risiko PTJ.

Friday, November 5, 2021

Hak Cipta Pn Norlaila penuhi PI 79a

Tahniah kepada Puan Norlaila Md Din kerana telah berjaya memfailkan Hak Cipta bertajuk Madam Laila: Accounting Cycle (LY2021C04191)

Thursday, November 4, 2021

Tahniah - Penerbitan Virtual Talk Series (VTS) 2020 - PI 59e

Tahniah kepada pensyarah-pensyarah Perakaunan yang telah menerbitkan 2 artikel yang dimuatkan di dalam buku program bagi program Virtual Talk Series (VTS) 2020 sekali gus telah memenuhi PI 59e.

Penerbitan ini dimuatkan di PRISMa bagi kategori Other Publication.

Berikut adalah tajuk dan penulisnya:

  1. Kolaborasi Kelab Memanah UiTM Pahang / Pasukan Memanah UiTM dan Majlis Sukan Pahang: Peluang, Cabaran dan Sumbangan kepada Penyelidikan & Komuniti (Mohamad Azmi Nias Ahmad, Syahida Md Zeni & Mukhriz Mohamed
  2. Inovasi dalam Mempelajari Al-Quran bagi Bukan Penutur Bahasa Arab (Norlaila Mohd Din)

Alhamdulillah. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua Warga Perakaunan UiTM Pahang.

Tuesday, November 2, 2021

Khidmat Konsultansi Unit Arkib Perpustakaan Al-Bukhari untuk pelupusan fail & rekod lama

Pusat Pengajian Perakaunan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Arkib Perpustakaan Al-Bukhari yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hajah Rosnita binti Ja'afar kerana membantu Fakulti mengenalpasti dokumen yang boleh dilupuskan atau diserahkan kepada Unit Arkib.

Banyak ilmu yang telah dipelajari dan semoga kerjasama erat antara Perpustakaan Al-Bukhari dan Pusat Pengajian Perakaunan diteruskan dimasa yang akan datang.




Monday, November 1, 2021

Tahniah 2 EMAS 1 PERAK di pertandingan Invention, Innovation & Design Exposition 2021 (iidex2021)

TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada Warga Fakulti yang telah berjaya memenangi 1 PINGAT EMAS🥇, 1 PINGAT PERAK🥉 di dalam pertandingan Invention, Innovation & Design Exposition 2021 (iidex2021)
 
Tahniah atas kejayaan berikut

  1. Din, N.M., Ahmad, M.A.N., Jamaluddin, J., & Jabar, F.A.,  (2021), Eagleeyes and Helirides Cashflow as an Innovative Tool in Teaching and Learning Financial Report, Invention, Innovation & Design Exposition 2021 (iidex 2021, UiTM Shah Alam, November 2021)
  2. Adnan, N.I.M., Din, N.M., Ramli, N., Mohamed, S.R., & Mohd, A.H.,  (2021), Pocketto Maths 1.0, Invention, Innovation & Design Exposition 2021 (iidex 2021, UiTM Shah Alam, November 2021)
  3. Rahman, R.A., Najid, N.A., Amizi, N.A.N., Dzulrila, H.M., & Malek, M.A.,(2021), K-ExiSt: K-Shoppe Expired Item System, Invention, Innovation & Design Exposition 2021 (iidex 2021, UiTM Shah Alam, November 2021)
Juga kejayaan membantu UiTM Cawangan Pahang mendapat tempat ke 3 Kontijen terbaik.

Alhamdulillah. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua Warga Perakaunan UiTM Pahang di dalam pertandiangan inovasi di masa hadapan.











Keputusan pertandingan Invention, Innovation & Design Exposition 2021 (iidex2021)


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

YBhg. Profesor Emeritus/ Profesor/ Datuk/ Datin/ Dr/ Tuan/ Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan pertandingan Invention, Innovation & Design Exposition 2021 (iidex2021) akan diumumkan pada :

Tarikh  :   01 November 2021 (Isnin)
Masa   :   10.30 pagi

Keputusan ini akan dipancarkan melalui: 


Sekian

CAKNA Risiko Bil. 22/2021 - Contoh Impak Risiko Terhadap Kewangan dari Unit Pengurusan Risiko (UPR)


Monday, October 25, 2021

Tahniah atas kejayaan di Anugerah Persada Bestari 2021

Tahniah atas kejayaan berikut
  1. Anugerah EMAS Perekacipta Inovasi Terbaik Sains Sosial - Dr Mohamad Azmi
  2. Anugerah PERAK Perekacipta Inovasi Terbaik Sains Sosial - Norlaila Md Din
  3. Anugerah EMAS Perekacipta Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik - Dr Azmi
  4. Anugerah GANGSA Perekacipta Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik - Norlaila
  5. Anugerah Projek Inovasi Terbaik - AOTB - The Hellirides (Azmi,Norlaila,Jun,Syazwani&Faizan)
  6. Anugerah Harta Intelek Hakcipta - Smartsimmatch - Norlaila Md Din
  7. Anugerah Harta Intelek Hakcipta - Learning Al-quran - Norlaila Md Din
  8. Pusat Pengajian Terbaik Ketegori Inovasi - GANGSA



















Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah